Header Ads

Header ADS

Kes cabul: Polis tangkap tokoh aktivis Islam Liberal Pro PH


Polis telah menangkap seorang tokoh aktivis NGO susulan dakwaan mencabul seorang doktor pelatih.

Ketua Polis Kuala Lumpur Mazlan Lazim dalam suatu kenyataan memaklumkan penangkapan aktivis lelaki berusia 50an itu petang tadi untuk siasatan lanjut.

"Suspek... telah ditangkap pada hari ini 9 Jul 2020 petang tadi untuk siasatan lanjut.

"Suspek yang berkerusi roda dan lumpuh dari bahagian pinggang ke bawah dirakam percakapan dan akan diberi jamin," katanya.

Terdahulu polis Kuala Lumpur juga mengesahkan telah menerima satu laporan polis yang dibuat pada 17 Februari 2020 oleh seorang lelaki Melayu berusia 27 tahun yang merupakan seorang doktor pelatih.

"Setelah membuat laporan Polis tersebut, pada awalnya, pengadu tidak mahu meneruskan tindakannya. Kemudian, pada 7 Julai 2020, pengadu meminta pihak polis untuk meneruskan siasatan.

"Menurut laporan pengadu, pada 4 Nov 2019, jam lebih kurang 12.00 tengahari, pengadu telah dicabul oleh suspek yang merupakan seorang lelaki Melayu di dalam bilik pejabat suspek di sebuah hospital di Kuala Lumpur," kata kenyataan polis pada hari ini.

Menurut Mazlan, mangsa mendakwa lambat membuat laporan polis kerana khuatir kerjayanya akan musnah memandangkan suspek adalah penyelianya serta seorang yang berpengaruh.

"Polis menasihatkan mangsa kes sebegini agar tampil membuat laporan polis supaya siasatan dapat dijalankan terhadap pelaku dan hukuman yang setimpal dapat dikenakan kepada sesiapa yang terlibat," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan berhubung dakwaan mencabul kehormatan.

MR :  Ada beberapa buku diharamkan.. dan membuat kenyataan Islam sangat bercangah dengan perjuangan Islam


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


6 ulasan:

  1. Benda boleh buat..buat apa simpan dlm kepala je..

    BalasPadam
  2. Puak ni satu fikrah belaka..

    BalasPadam
  3. PH ni semua tak boleh pakai.

    BalasPadam
  4. Puak 'islam' liberal adalah musuh Islam yang bertopengkan Islam dan berkerjasama dengan puak kafir harbi untuk menyesatkan dan memurtadkan umat Islam dengan mempertikai dan menghina ajaran Islam dan menolak Sunnah dan menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal dan menafikan hak umat Islam.

    Mereka menyembah akal jahil murakkab mereka sendiri sebagai 'tuhan' semata-mata untuk memusnahkan hawa nafsu serakah mereka sendiri.

    Maka Kita tidak terkejut melihat puak liberal laknatullah ini bersekongkol dengan parti kafir harbi menghina agama Islam dan menafikan hak umat Islam Dan menfitnah dan memburuk-burukkan ajaran Islam, ulama Islam dan perjuangan Islam.

    Umat Islam wajib menolak dan menentang puak liberal dan ideologi sesat mereka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pembetulan perenggan ke-2 Komen 8:35 :

      Mereka menyembah akal jahil murakkab mereka sendiri sebagai 'tuhan' semata-mata untuk memuaskan nafsu serakah mereka sendiri.

      Padam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.