Header Ads

ads header

Flash News

Ketua Wanita PKR Terengganu keluar parti


JERTIH:
Ketua Wanita PKR Terengganu, Sharifah Norhayati Syed Omar Alyahya, hari ini mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta merta.

Tindakannya itu turut disertai 15 ahli jawatankuasa serta 116 ahli pergerakan itu.

Beliau turut mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua Wanita Pakatan Harapan (PH) Terengganu.

Sharifah Norhayati mendakwa keputusan itu dibuat selepas melihat berlaku ketidakadilan di barisan kepemimpinan tertinggi parti.

"PKR melakar sejarah sendiri menjadi juara antara parti politik yang memegang rekod memecat ribuan anggota partinya sendiri tanpa melalui proses perbicaraan.

"Jika diikutkan masalah salah faham antara ahli boleh diselesaikan dalam mesyuarat keluarga tetapi mereka memilih untuk berlaku zalim dengan terus pecat," katanya kepada media ketika ditemui di Kampung Padang Luas, di sini.

Katanya, perjuangan mereka lebih 20 tahun berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk meraih sokongan wanita juga seolah sia-sia.

"Jika dulu kami lantang berjuang demi sebuah keadilan tetapi kini sesetengah pemimpin parti bertindak salah guna kuasa dan menggunakan kuasa veto untuk kepentingan diri sendiri.

"Tindakan ke atas beberapa pimpinan tertinggi parti yang dipecat seperti Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin serta Haniza Mohd Talha menunjukkan parti tidak berlaku adil," katanya.

Sharifah Norhayati berkata, mereka akan terus bergerak melalui badan bukan kerajaan (NGO) untuk membantu rakyat.

"Melalui NGO iaitu 'Nation Of Women' (NOW) di bawah Haniza kami akan bergerak aktif membantu golongan miskin serta memerlukan bantuan.

"Setakat ini NOW sudah dilancarkan di Pulau Pinang, Perlis, Kedah dan Perak. Bagi Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan akan dibuat pada bulan ini," katanya.

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan: