Header Ads

ads header

Flash News

Mahathir Belum Tentu Tanding PRU15


SHAH ALAM – Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dipertikai jawatannya, Tun Dr Mahathir Mohamad masih belum membuat sebarang ketetapan akan bertanding atau tidak pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Dr Mahathir yang merupakan Ahli Parlimen Langkawi berkata, walaupun hal itu masih belum dapat diputuskan, beliau tetap akan memainkan peranan yang besar pada PRU akan datang termasuk berkempen jika kesihatan baik.

“Jika saya berusia 98 tahun apabila diadakan PRU, sudah tentu akan ada kekangan fizikal, tetapi jika saya sihat, saya akan berikan sebanyak mungkin sokongan yang dapat,” katanya ketika ditemu bual Melissa Goh dari ChannelNewsAsia semalam.

Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri itu menjangkakan PRU tidak diadakan dalam tahun ini memandangkan sokongan majoriti yang diterima oleh kerajaan Perikatan Nasional.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata, beliau juga akan mempertimbangkan untuk membentuk sebuah parti baharu sekiranya keputusan mahkamah tidak memihak kepada beliau dan empat ahli Parlimen lain berhubung penyingkiran mereka daripada Bersatu.

“Jika kami digugurkan, kami harus mempertimbangkan kemungkinan untuk menubuhkan parti lain,” katanya.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 7 Ogos sebagai tarikh keputusan mengenai permohonan Presiden Bersatu juga Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetepikan saman dikemukakan Dr Mahathir serta empat yang lain.

Dr Mahathir dan empat ahli Parlimen terbabit memohon untuk mencabar keputusan Bersatu menyingkirkan mereka daripada parti berkenaan.

Sementara itu, dalam temu bual yang sama, Dr Mahathir berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini tidak mendapat sokongan yang mencukupi daripada orang Melayu.

Beliau berkata, hal itu kerana parti komponen PH iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Nasional (Amanah) dan DAP kelihatan menumpukan usaha untuk mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

“Selepas mengadakan perbincangan panjang dan berulang dengan DAP, Amanah dan PKR, perjuangan mereka nampaknya berpusat kepada usaha menjadikan Anwar (sebagai) Perdana Menteri. Ketika ini ada ramai orang yang tidak menerima dia (Anwar).

“Saya terlibat bukan kerana saya mahu menjadi Perdana Menteri, saya sudah dua kali menjadi Perdana Menteri dan cukuplah, tetapi ramai orang tidak memberi sokongan seperti itu kepada PH terutama apabila mereka melihat bahawa parti Melayu mereka tidak kukuh,” katanya.

Beliau juga menegaskan bahawa kerajaan yang dipilih oleh rakyat pada PRU yang lalu diketuai oleh beliau dan bukannya Anwar.

“Kamu bercakap mengenai memulihkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Kerajaan yang dipilih rakyat sebelum ini diketuai oleh saya, bukan Anwar. Jadi kalau kamu jadikan dia ketua, ia bukanlah kerajaan yang dipilih rakyat,” katanya.

Ketika ditanya adakah jika Anwar perlu menyertai parti Melayu untuk membolehkan beliau menjadi Perdana Menteri, Dr Mahathir berkata, ia bukan suatu kemestian sebaliknya mesti mendapat sokongan daripada orang Melayu.

Namun, katanya, apabila Anwar meninggalkan UMNO, ahli politik terbabit telah membuat keputusan untuk menubuhkan parti pelbagai kaum dan menolak parti berasaskan kaum sebagai rasis.

“Anwar tidak dianggap sebagai protagonis bagi orang Melayu kerana dialah yang memulakan parti yang berbilang kaum dan ramai pemimpin dalam parti itu bukan orang Melayu. Orang Melayu sangat curiga terhadap parti bukan Melayu atau berbilang kaum,” kata Dr Mahathir.

Mengenai tawaran sebagai menteri mentor daripada Anwar pula, Dr Mahathir berkata, beliau sebelum ini sudah ada pengalaman menjadi penasihat kepada beberapa Perdana Menteri, namun jawatan berkenaan seperti tiada fungsi apabila nasihat diberikan tidak diendahkan.

“Mereka tak mahu dengar. Mereka mahu bertindak sendiri, mereka mahu meninggalkan legasi sendiri.

“(Tun) Abdullah Ahmad Badawi dan (Datuk Seri) Najib Abdul Razak tak pernah dengar nasihat saya. Malah semasa dalam kerajaan sebelum ini, Anwar langsung tak mahu mendengar nasihat saya,” katanya.

Mengenai hubungannya dengan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pula, Dr Mahathir berkata, perspektif politik bekas Timbalan Presiden PKR itu terlalu sempit dan hanya menumpukan perjuangannya melawan Anwar.

“Kamu patut berfikir untuk membangunkan negara. Kamu tak boleh hanya kerana kamu tak suka seseorang, kamu jadikan ia asas kepada semua tindakan kamu,” katanya.

Ditanya sama ada beliau bersedia atau tidak bekerjasama dengan Mohamed Azmin, Dr Mahathir berkata, ia bergantung kepada cara Mohamed Azmin bekerja. – Sinar Harian


MR :  Belum tentu.. Cakap dia ni belum boleh pakai. Dia nak tanding walaupun bertongkat boleh percaya


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


7 ulasan:

  1. Kalau tak bertanding siapa nak tolong boboi dan sadek segaraga?

    BalasPadam
  2. naik kerusi roda dh kot time tu...

    BalasPadam
  3. Bagusla... Jadi penasihat yg berwibawa... namun sekali sekali kena juga terima nasihat orang...

    BalasPadam
  4. Pendapat madey saja yg betul. Padanya, org lain semua salah.

    BalasPadam
  5. Kenapa media asyik sibuk temuramah orang tua yang dah letak jawatan dua kali ni?

    BalasPadam
  6. Patutnya dah lama bersara dari arena politik.. sekarang Tun kena siapkan diri ke alam satu lagi

    BalasPadam
  7. Menipu lg puaka tua ini...bila masanya pak lah dn najib angkat dia sebagai PENASIHAT PM?agak2lah......dia sangka org lain xcerdik mcm dia,dia lupa masing2 ada cara srndiri mentadbir negara....kalau nk dibanding dgn najib...jauh ketinggalan madey ni..sbb itu dia cemburu lihat cara najib memtadbir negara,aduhai madey madey...perasan bila masalah kamu diangkat jd penasihat PM...

    BalasPadam