Header Ads

ads header

Flash News

Malaysiakini Batuapi 3: Sumber: Ada pemimpin Umno tak setuju serah Kedah, T'ganu 'bulat-bulat' pada PAS


Macam biasa dalam semua berita yang di siarakan oleh Malaysiakini menggunakan perkataan "menurut sumber", "mangikut maklumat dalam", "maklumat ahli yang tak nak nama disiarka" dll. Semua ini pembohongan dan mengelak daripada disaman mengikut akta komunikasi.

Lihat dan baca berita di bawah. Nak menghasutlah tu seperti kata Rafizi.

Umno dan PAS masih tidak dapat memuktamadkan pengagihan kerusi untuk PRU15, walau secara asasnya mekanisme pengagihan telah ditetapkan, menurut seorang sumber Umno.

Sumber itu yang terlibat dalam rundingan berkata, ini kerana masih terdapat beberapa perkara yang masih belum dipersetujui kepimpinan parti, antaranya pengagihan kerusi di Kedah dan Terengganu, ekoran bantahan yang diterima.

"Ada pimpinan Umno masih tak setuju sekiranya Kedah dan Terengganu diserahkan bulat-bulat kepada PAS.

"Ini kerana mereka beranggapan bahawa parti masih mempunyai kekuatan di dua negeri itu dan kegagalan dalam PRU14 adalah disebabkan pertembungan tiga penjuru," katanya kepada Malaysiakini.

Beliau memberikan contoh bahawa terdapat sepuluh kerusi di Kedah yang akan dimenangi BN - berbanding PAS - jika tidak disebabkan pecah undi oleh calon Bersatu dan Amanah.

Umno dan PAS, menerusi kerjasama Muafakat Nasional, kini giat bermesyuarat bagi membuat persediaan menghadapi PRU15, yang dilaporkan boleh diadakan seawal akhir tahun ini.

Antaranya dengan pembentukan jawatankuasa Muafakat Nasional peringkat negeri bagi menyelaraskan pergerakan di peringkat negeri dan juga Parlimen, sekaligus mempersiapkan jentera pilihan raya.

Selain pengagihan kerusi antara Umno dan PAS, turut menjadi perhatian adalah agihan antara Umno dengan Bersatu. Ketiga-tiga parti mempunyai tapak sokongan di kawasan majoriti pengundi Melayu.

Sumber itu berkata lagi, pemimpin tertinggi kedua-dua parti yakin isu tersebut akan diselesaikan atas semangat kekeluargaan.

"Atas semangat kekeluargaan dan menimbang kekuatan dimiliki Umno, agihan kerusi di Terengganu dan Kedah perlu dibuat secara harmoni dan mengambil kekuatan dan sokongan parti.

"Selain itu kita juga perlu mengambil kira rakan kita, Bersatu memandangkan kami bersama dalam Perikatan Nasional (PN)," katanya lagi.

Sejak termeterainya Muafakat Nasional pada pada September tahun lalu, BN telah berjaya menang di enam PRK, iaitu Cameron Highlands, Semenyih, Rantau, Tanjung Piai Kimanis dan baru-baru ini, Chini.

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan