Header Ads

Header ADS

Najib bersalah semua 7 pertuduhan


Najib Razak didapati bersalah atas tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana bernilai RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

Bekas perdana menteri itu kelihatan tenang semasa hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membacakan keputusan beliau di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Kata Mohd Nazlan, pihak pembelaan gagal mewujudkan keraguan yang munasabah ke atas kes yang dibawa pasukan pendakwaan.

Disebabkan itu, kata hakim, pihak pendakwaan berjaya mewujudkan kes ke atas Najib melebihi keraguan yang munasabah.

Keputusan hari ini adalah sabitan pertama Najib yang berdepan puluhan pertuduhan lain dalam skandal syarikat pelaburan milik negara, 1MDB.

Antara kes lain yang sedang dibicarakan ialah berkaitan pertuduhan salah guna kuasa dana 1MDB bernilai RM2.28 bilion, meminda laporan audit 1MDB dan pengubahan wang haram sebanyak RM27 juta milik SRC.

SRC sebelum ini merupakan anak syarikat 1MDB sebelum ia kemudian menjadi milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) kemudiannya.

Untuk rekod ketika menjadi perdana menteri, Najib juga sebelum ini merupakan pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, penasihat emeritus SRC dan menteri kewangan.


MR :  Atok gelak sampai sesak nafas!


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Sudah dijangka Keputusan Hakim šŸ˜†šŸ˜†šŸ˜†
    Sama seperti dia sabitkan kes Prima Facie šŸ˜ di mana saksi utama kes SRC tidak dibawa oleh team DPP iaitu Jho Low dan Nik Faisal. Mereka yg banyak bertemu berbincang...soal halatuju TIA kemudian jadi 1MDB. SRC hanya jadi penyebab utk 'sabitkan' atau kaitkan Utk TUMBANG BN MELALUI NAJIB....
    All well planned šŸ‘šŸ½šŸ‘šŸ½šŸ‘šŸ½šŸ‘šŸ½šŸ‘šŸ½ tahniah Atok Madey BAPAK SEGALA PUNCA (MASTERMIND)
    Menang tak boleh bukti Atok mastermind tetapi kita boleh lihat apa yg Allah SWT nak tunjuk apa yg kita "Tak Nampak", apakah kita tidak melihat atau berfikir 'tindak tanduk' Atok sepanjang 2015 hingga PšŸ’”H tumbang...isu NAJIB salah yakni Perompak Penyamun Pencuri telah berjaya Atok "BUKTIKAN" semua datang drpd idea NEGARAWAN itu sendiri.
    Apakah selama 22 tahun dan 22 bulan kembali jadi PM Atok tak buat salahguna kuasa atau sebarang penyelewengan??? šŸ¤” cuba kita "renung-renungkan" masa silam....

    BalasPadam
  2. Keputusan yg mudah di counter di Mahkamah Rayuan nnti. Hujah pihak pendakwaan sebrnarnya byk yg longgar. Malah tiada saksi utama. Kita lihat je la nnti.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.