Header Ads

ads header

Flash News

Pemuda PKR menjelaskan pengkhianatan “kerajaan PH Plus” di Sabah


PETALING JAYA:
Pemuda PKR Sabah membidas dakwaan parti itu mengkhianati “kerajaan PH Plus” di Sabah, meminta pengkritik jangan memaksa mereka menyokong Presiden Warisan Shafie Apdal yang didakwa “lebih rela bebas” daripada bersama Pakatan Harapan.

Ketua Penerangan Razeef Rakimin mendedahkan majoriti akar umbi PKR Sabah menyokong tindakan Naib Pengerusi Negeri Kenny Chua menarik balik sokongan kepada “kerajaan Warisan”.

“Jika kerajaan Sabah kerajaan PH Plus, Shafie tidak akan menolak Amanah di Sabah sehingga Amanah dilihat seolah mengemis,” katanya dalam kenyataan.

“Hakikatnya Shafie tidak mahu pun Amanah di Sabah.”

Razeef seterusnya mendakwa Shafie bukan sahaja menolak calon perdana menteri dari PKR dan PH, malah beliau tidak ingin bersama gabungan itu dan lebih rela berada di blok bebas.

“Maka kenapa kita perlu dipaksa untuk menyokong Warisan?”

#Kredit : FMT   

MR :  Teori Anwar terbabit makin jelas  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan