Header Ads

Header ADS

Pendedahan Mengejutkan Tentang Penjualan Aset Tabung Haji di Parlimen

YDP PAS Shah Alam, Ahmad Dusuki Abd Rani dilaporkan memberi amaran keras semasa pemerintahan Pakatan Harapan (PH) supaya jangan ‘menjual’ aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada orang bukan Islam. Sebabnya mudah. TH adalah sebuah institusi memperkasa ekonomi umat Islam, ada maruah, perlu dijaga sebaiknya, lebih-lebih lagi berkaitan ibadat dalam rukun Islam.

Ramai orang awam, termasuklah saya mentafsirkan amaran tersebut lebih kepada peringatan kepada Menteri di JPM ketika itu Mujahid Yusof (YB Parit Buntar daripada Parti Amanah) supaya berjaga-jaga dengan ‘perpindahan aset’ TH kepada Urusharta Jemaah Sdn Bhd, SPV yang didakwa diperbadankan di bawah Kementerian Kewangan, sementelah menterinya adalah Setiausaha Agung DAP.

Namun, tafsiran saya meleset. Pendedahan Timbalan Menteri di JPM kerajaan baru Perikatan Nasional (PN), dalam jawapan Parlimen pada 22 Julai 2020 menunjukkan amaran TDP PAS Shah Alam tersebut adalah berasas. Ini diperkukuh dengan ‘tembakan machine gun’ oleh YB Baling, bekas Pengerusi TH sehari sebelumnya yang membuatkan MP-MP Pakatan Harapan Plus tertunduk diam.

Perkara ini tidak timbul dalam perbahasan Parlimen oleh YB Parit Buntar pada 15 Julai 2020 atau semasa celahan YB Kulim Bandar Baru terhadap perbahasan YB Port Dickson pada 14 Julai 2020 tentang TH. Setakat diikuti, tiada disebutkan soal penjualan aset subsidiari TH, TH Plantations Berhad (THP) kepada syarikat dimiliki oleh bukan bumiputera.

Saya ringkaskan beberapa pendedahan di Parlimen oleh Menteri dan YB Baling serta beberapa rekod yang boleh diakses melalui internet dan rakaman video Youtube seperti berikut:

1. Kerajaan Pakatan Harapan pada Ogos 2019 membuat keputusan menjual 14 anak syarikat THP yang memiliki 76,957 hektar tanah iaitu 76.2% daripada keseluruhan ladang sawit kepunyaan THP walau pun ada syarikat tersebut mencatatkan keuntungan.

2. THP turut menjual syarikat Bumi Suria Ventures Sdn Bhd (termasuklah Maju Warisanmas Sdn Bhd) yang memiliki tanah berkeluasan 6,514 hektar dengan tanaman kelapa sawit kepada syarikat Tamaco Plantation Sdn Bhd.

3. Ahli Lembaga Pengarah syarikat Tamaco yang membeli tanah THP ini ialah Lim Sing Hua, Lim Chun Leng, Lim Wai Foong, Lim Chun Hsiung dan Lee Ban Loong.

4. Penjualan dibuat dengan nilai RM170 juta, iaitu nilai di bawah harga pasaran.

5. Nilai jualan RM170 juta ini adalah jauh lebih rendah daripada penilaian asal oleh RM280 juta oleh jurunilai bebas CH Williams Talhar & Wong pada Disember 2018.

6. Nilai jualan ini juga rendah daripada harga RM224 juta oleh penilai kerajaan di Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta (JPPH) pada April 2020 yang kemudian diminta dinilai semula oleh THP dan diturunkan kepada RM198 juta.

Harga THP di Bintulu dan Sibu tersebut sangat murah. Lebih 6,514 hektar adalah bersama 16,100 ekar. Jualan dengan harga RM170 juta bermaksud harganya lebih kurang RM10,600 seekar atau 24 sen sekaki persegi. 24 sen sekali persegi sangat murah!.

Malah, harga itu juga terlalu murah jika dibandingkan dengan harga asal RM264 juta ketika ladang tersebut dibeli daripada syarikat bukan bumiputera pada Februari 2013 atau berbanding harga rekod Annual Report THP tahun 2017 yang mencatatkan nilainya adalah RM366.5 juta.

Fakta ini juga menjawab persoalan kenapa ada syarikat yang sanggup membeli ladang THP, iaitu harganya murah sedangkan potensi keuntungannya tinggi. Namun, persoalan lebih besar, kenapa aset umat Islam ini dijual kepada bukan bumiputera dengan harga yang tak selayaknya. Ini bukan soal rasis tapi soal harta pendeposit yang 100% adalah umat Islam.

Selain itu terdapat beberapa isu lain yang disebutkan di Parlimen, antaranya:

1. Terdapat surat daripada Menteri lalu, kini YB Parit Buntar yang mengarahkan semua perabut di empat hotel yang diambil alih oleh UJSB dijual dengan harga sangat rendah, iaitu RM10,000.

2. Kegagalan membentangkan Laporan Tahunan Penyata Kewangan TH untuk diaudit oleh Jabatan Audit Negara selama 2 tahun, iaitu pada tahun kewangan 2018 dan 2019 seperti dikehendaki oleh Akta 240.


Mujurlah kerajaan kini berubah kepada PN. Terima kasih atas pendedahan, mudah-mudahan kita sempat mengawal ‘risiko’ buruk ini daripada berlaku. Berdoalah ‘nasi tidak menjadi basi makanan ayam’. Seandainya pemerintahan PH berterusan, apalah nasib TH dan 9.43 juta pendeposit agaknya. Sudahlah hibah terendah dalam sejarah, TH rupanya ‘ada riak-riak’ nak dijarah.

Sudahlah!. Marilah kita memastikan PH atau PH Plus tidak mengulanginya perkara ini lagi. Medan PRU-15 - kitalah ‘hakim’ untuk menjatuhkan hukuman ‘buang gelaran YB’ kepada mereka, kitalah ‘pengadil’ untuk melayangkan kad merah kepada mereka.

Pertubuhan penggerak generasi muda Malaysia negeri kelantan Darul naim

Persatuan gerakan belia 4B malaysia kawasan rantau panjang
24.7.2020




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


17 ulasan:

  1. Apa bising2 tang tung.....report polis, sprm ....biar mereka investigate perkara yg sebenarnya daripada kita tuduh menuduh dan menabur fitnah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sudah di bangkit kan tubuh RCI

      Padam
    2. Pas & umno hanya nak tipu rakyat.
      Setuju..
      Buatlah laporan sprm

      Padam
    3. .....tipu takpe muluk...

      .....jangan KENCINGGGGG.!!

      ....tipu buleh mintak maap. Mcm Dap selalu buat.

      .....tapi kalau KENCINGGG...walau mintak maap pun....HANNNNCINGGG
      sampai 7 keturunan arif muluk!!!!

      Padam
    4. Yes yes yes,kalu x kenceng bukan ph la

      Padam
  2. 4 sen 1 kaki persegi?&£#@....tanah itam kt nursery pon dh rm3.50 satu bag...

    BalasPadam
  3. Kerajaan PH jual aset bawah harga pasaran. Kerajaan BN dulu beli aset tinggi dari harga pasaran. Sama je.. Dua2 kuat menjarah.. ��

    BalasPadam
    Balasan
    1. ....jarah BN pendiposit dpt untung!!

      .....jarah PH....pendeposit usung TONG KOSONG...
      ......tong kosong pulak tadah kencing PH.

      .....lepas tu siram satu negara!!

      ......abis semue HANNNNNNCING!

      Padam
    2. ph tong kosong penuh ayaq kenceng

      Padam
  4. Bila ulama dari parti penunggang agama semalaysia bercakap bohong, wala auta nya percaya.

    Bila ulama dari parti penunggang agama semalaysia buat fitnah, walaunta percaya.

    Bila ulama parti penunggang agama bersubahat bersama parti kleptokrasi perompak macam aziz, walaunta ikut bersorak.

    Ini tanda nya dunia akhir zaman.

    Ulama su' semakin dunia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ...ulamak tokong DAP dah bunyi dah.

      Nak jadi arif muluk...
      ...nak jadi BARUA DAP...
      ....nak jadi KOMUNIS...
      ...nak jadi apa2 pun tak pe.

      .....janji masssssyukkkķ.!!!

      Padam
  5. Siapa yang jual aset TH patut di sisat melalui SPRM dan Tumboh kan RCI jangan beri muka pada pengkhianat negara tu

    BalasPadam
  6. Kasihan umat Islam kerana pemimpin kafir harbi dan khadam munafik liberal telah menjarah wang dan aset tabung umat Islam.

    Inilah pengajaran pahit untuk umat Islam setelah umat Islam yang jahil murakkab mengundi parti kafir harbi dan khadam munafik liberal menyebabkan musuh Islam boleh menggunakan kuasa politik untuk menindas Islam dan umat Islam selama 22 bulan.

    BalasPadam
  7. Bongok politik bila bercakap tak guna fakta dan bukti asal hembuss aje...kata dulang kayu serepeh, kata org awak yg lebih.buta mata buta hati..yg kebas 1mdb tu berbillion tu sapa..dah terbukti pun dari sumber2 yg nyata pun masih tak sedar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. RBA bongok politik bila bercakap tak guna fakta dan bukti asal hembuss aje seperti fitnah rasuah RM90 juta dll...kata dulang kayu serepeh, kata org awak yg lebih.buta mata buta hati..yg terlibat dalam kes banglo terlajak diskaun, kes teriwong, kes penjarahan tabung umat Islam tu siapa..dah terbukti pun dari sumber2 yg nyata pun masih tak sedar..

      Sekarang RBA bahlol ternakan roket cuba menfitnah pihak lawan konon pihak lawan bersalah dalam kes 1mdb. Hakim mahkamah mana yang telah menjatuhkan hukuman bersalah ???

      Cukup-cukuplah RBA dan puak kafir harbi dan khadam munafik liberal mereka kencing rakyat selama 22 bulan dengan pelbagai janji palsu, fitnah, pembohongan dan U-turn.

      Tunggulah PRU yang akan datang kerana rakyat sudah tidak sabar untuk menolak pakatan hancing ke tong sampah.

      Padam
  8. Siapa yg kebas 1mdb..kalau duit dah kena kebas takkan boleh pulangkan balik??? Itu maknanya duit itu tak hilang.. Yg hilang jawatan2 menteri PH hancingggg.. 😅

    BalasPadam
  9. Kami akan mendesak semua sekolah2 cina dan india dibubarkan. Kalau tak suka balik tongsan atau kerala.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.