Header Ads

ads header

Flash News

PKR pecat kemudian mengada nak saman, Zuraida tidak layan saman RM10 juta


KUALA LUMPUR, 30 Julai
— Bekas naib presiden PKR Zuraida Kamaruddin tidak bimbang berdepan dengan surat tuntutan daripada parti itu yang menuntut RM10 juta daripada beliau dan 18 lagi wakil rakyat PKR yang keluar parti.

Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata dalam kesnya, beliau dipecat bukan keluar parti. 

“Saya rasa, bagi rakan-rakan yang lain, ada klausa (dalam perlembagaan parti) yang boleh melindungi kita, jadi saya tidak bimbang. 

“Justeru, teruskan dengan langkah itu Datuk Seri Anwar (Ibrahim), kalau anda perlukan wang teruskan saja hantar surat tuntutan tersebut, tapi saya tidak fikir anda akan dapat wang berkenaan,” katanya hari ini.

Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang  berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tapak cadangan pembinaan gelanggang futsal di Taman Bukit Mulia, Bukit Antarabangsa dekat sini.

Ditanya mengenai tempoh tujuh hari yang diberikan untuk kesemua wakil rakyat menjelaskan bayaran itu, Zuraida berkata: “Dia nak minta esok pun kami tak peduli.”  

Semalam, Bendahari Agung PKR Lee Chean Chung dilaporkan berkata parti itu akan mengeluarkan surat tuntutan kepada kesemua 19 ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR yang telah keluar parti, menuntut setiap mereka membayar RM10 juta kepada parti.

Mereka termasuk Zuraida dan bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Lee mendakwa RM10 juta itu adalah jumlah yang dipersetujui untuk dibayar oleh kumpulan terbabit jika mereka berpaling tadah dan menggunakan kerusi yang diwakili  bagi kepentingan peribadi serta bertentangan dengan kepentingan parti. 

Ahli Parlimen lain yang terlibat ialah Datuk Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Datuk Kamarudin Jaffar (Bandar Tun Razak), Datuk Mansor Othman (Nibong Tebal), Datuk Rashid Hasnon (Batu Pahat), Datuk Seri Dr Santhara Kumar (Segamat), Ali Biju (Saratok), Jonathan Yasin (Ranau) dan Baru Bian (Selangau).

Adun yang berkenaan pula ialah  Dr Chong Fat Full (Pemanis), Datuk Muhammad Jailani Khamis (Rembia), Datuk Abdul Yunus Jamahri (Kuala Krau), Muhammad Hilman Idham (Gombak Setia), Azman Nasrudin (Lunas), Dr Robert Ling Kui Ee (Sidam), Haniza Mohamed Talha (Lembah Jaya), Daroyah Alwi (Sementa) dan Zulkifli Ibrahim (Sungai Aceh). — Bernama



#Kredit : Bernama    

MR : PKR memang banyak tak tahu, carilah orang cerdik untuk mengendalikan perundangan dlm PKR   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan: