Header Ads

ads header

Flash News

RUU355: PAS kini dah jadi khadam MCA? Kata barua DAP

Orang Melayu Islam ternanti-nanti bilakah kerajaan PN yang dianggotai PAS akan membentangkan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU355 di Parlimen, kata ahli Jawatankuasa Amanah, Faiz Fadzil.

Beliau berkata penantian itu ternyata meleset dengan jawapan daripada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary bahawa RUU355 perlu selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Ketika mana hujah ini dibangkitkan dahulu, pakar undang-undang dilabel menentang RUU355, sehinggakan seorang ulama PAS bersikap takfiri mendakwa sesiapa yang menentang RUU355 akan ditanam di jirat Cina.

"Apabila disoal tujuan RUU 355 ini adalah untuk pelaksanaan hukum hudud, PAS berdolak-dalik mendakwa RUU ini bagi meningkatkan martabat Mahkamah Syariah.

Apakah perasaan ribuan orang Melayu Islam yang hadir ke Himpunan RUU355 pada 18 Februari 2017 di Kuala Lumpur yang ikhlas mahu melihat RUU ini diluluskan," katanya dalam satu kenyataan.

Pada 23 Julai lalu, Ahmad Marzuk berkata pembentangan kali kedua RUU itu memerlukan pertimbangan dan penelitian secara menyeluruh.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan Anggota Parlimen Tampin, Hasan Bahrom sama ada kerajaan berhasrat membentangkan RUU tersebut buat kali kedua, serta bila ia akan dibuat dan bagaimana ia akan dilaksanakan.

Dalam jawapannya, Ahmad Marzuk yang juga Exco Pemuda PAS Kelantan berkata setiap cadangan berkaitan penggubalan undang-undang perlu selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Faiz, RUU355 menjadi titik tolak perpecahan dalam PAS dan Pakatan Rakyat apabila PAS dikatakan serius mahu membentangkan pindaan bagi meningkatkan hukuman jenayah syariah.

"Tetapi setelah 6 bulan menjadi kerajaan, tiada apa-apa usaha kerajaan PN ke arah itu, sedangkan kerajaan PH melalui Menteri Amanah telah berjaya meluluskan Akta Profesion Guaman Syarie.

"Bukankah sebagai kerajaan, PAS lebih mudah membentangkan pindaan Akta 355 kerana sudah pasti disokong semua Ahli Parlimen PN termasuk MCA dan GPS Sarawak," katanya sinis.

Tambahnya, tanpa pindaan Akta 355, hukum hudud masih tidak boleh dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu sepertimana janji pilihan raya PAS.

"MCA pernah mengadakan protes membantah hukum hudud, tetapi kini nada PAS berubah setelah bersama dalam kerajaan PN.

"Di mana hilangnya integriti dan kejujuran PAS memperjuangkan Islam? Amanah difitnah menjadi kuda DAP, adakah kerana MCA sudah bersama dalam kerajaan, PAS pula sanggup dianggap khadam MCA?"soalnya.


MR :  .dia budak suka merepek sekali jadi suara DAP...........


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan