Header Ads

ads header

Flash News

Shafee anggap rayuan mencabar


KUALA LUMPUR:
Peguam Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengakui beliau kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi di sini, hari ini dan menganggap prosiding rayuan sebagai satu cabaran serius.

Bagaimanapun Muhammad Shafee menegaskan bahawa kekecewaan beliau bukanlah alasan untuk pihaknya bersedih.

"Jika terdapat persamaan antara saya dan Najib, adalah kami bekerja dengan lebih baik dalam keadaan tertekan.

"Cabaran di peringkat rayuan adalah lebih besar namun kami percaya kes kami kuat daripada awal," katanya pada sidang media selepas selesai prosiding di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram, berkata pihak pendakwaan berpuas hati bahawa keadilan berjaya ditegakkan dalam kes ini.

"Ini adalah kemenangan dalam menegakkan keadilan," katanya.

Ketika ditanya sama ada beliau akan kekal sebagai Timbalan Pendakwa Raya dalam rayuan Najib di Mahkamah Rayuan, Sithambaram menjawab: "Ya."

"Saya dilantik sebagai Pendakwa Raya sehingga kes ini selesai di Mahkamah Persekutuan, bertindak bagi pihak Pejabat Peguam Negara," katanya.

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan