Header Ads

Header ADS

Siasatan Kes Adib selesai dalam masa terdekat kata polis


Polis sudah hampir menyelesaikan siasatan terhadap kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed berkata demikian ketika sidang media di Bukit Aman hari ini.

"Kita akan ambil tindakan sepertimana arahan pendakwa raya. Dalam tempoh terdekat, kita akan dapat selesaikan (kertas siasatan) seperti yang diarahkan.

"Kita akan hantar (kertas siasatan) dan bincang dengan peguam negara," katanya.

Tanpa mengulas lanjut berkenaan siasatan tersebut, Huzir berkata tumpuan polis pada masa ini adalah untuk melengkapkan siasatan dalam masa terdekat.

Pada 21 Jun lalu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan memberitahu bahawa siasatan berkara perkara itu sedang dijalankan.

"...Pihak polis perlu dan sedang menjalankan siasatan untuk kenal pasti pelaku. Itu yang sudah dilaporkan kepada kabinet. Jadi kerajaan atau pihak Jabatan Peguam Negara akan mengambil tindakan hasil daripada siasatan pihak polis, kita tunggulah.

"Untuk kes jenayah tidak ada tempoh. Selagi kes berjalan boleh didakwa apabila mendapati cukup bukti," katanya.

Adib meninggal dunia pada 17 Disember lalu ketika menjalani rawatan di Institut Jantung Negara, susulan cedera parah dalam rusuhan sekitar Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, kira-kira sebulan sebelumnya.

Pada September lalu, koroner Rofiah Mohamad memutuskan kematian Adib adalah perbuatan jenayah yang dilakukan dua atau tiga individu tidak dikenali ketika rusuhan itu.


MR :  Tak ada modal Cybertropper PH nak kutuk PAS dalam isu ini. Polis tak macam zaman PH bising lebih siasat tak ada


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Jom semua rakyat jelata beri kerjasama jika punyai maklumat dan bukti kepada pihak polis dan pihak pendakwaan.

    InsyaAllah nasib keluarga Allahyarham akan terbela dan mereka2 yang berkompromi dalam usaha menutup kes BUNUH ini akan diheret kemuka pengadilan!

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.