Header Ads

ads header

Flash News

Tidak pernah tawar Shafie sebagai TPM - Muhyiddin


KUALA LUMPUR:
Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan pernah menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini, turut menyifatkan dakwaan Mohd Shafie itu sebagai andaian Ahli Parlimen Semporna itu semata-mata.

"Saya ingin menegaskan bahawa tidak pernah sekali pun menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada beliau (Mohd Shafie), selepas menjadi Perdana Menteri, pada Mac lalu, seperti didakwa.

"Saya menyifatkan kenyataan Mohd Shafie dalam wawancara sama yang menyatakan 'beliau tidak menyebutnya, tetapi saya tahu mengenai hal itu' sebagai tidak benar," katanya.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh mengulas wawancara Mohd Shafie bersama sebuah portal berita yang disiarkan pada 14 Julai lalu.

Selasa lalu, Mohd Shafie mendakwa Muhyiddin pernah menawarkan beliau menyertai Kabinet Perikatan Nasional (PN) sebagai timbalannya.

Ia didakwa sebagai antara tindakan Muhyiddin untuk mendapatkan sokongan Parti Warisan Sabah (WARISAN) untuk memperkukuhkan PN.


MR :  Politik persepsi dan manipulasi ini adalah politik PH


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan