Header Ads

Header ADS

288 ahli Bersatu terhenti keahlian serta-merta - Hamzah


PUTRAJAYA
: Seramai 288 ahli Parti Primbumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan terhenti keahlian mereka berkuatkuasa serta-merta.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, keahlian mereka terhenti berikutan terlibat dalam kumpulan 'blackout' yang didakwa bertujuan menjatuhkan parti serta menyokong bekas pengerusi Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jelas beliau, segala aduan dan dakwaan yang diterima telah pun disiasat.

Justeru, katanya senarai nama berkenaan akan dikeluarkan menerusi media akhbar, ketua bahagian parti dan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Bersatu.

"Seperti yang saya pernah jawab baru-baru ini, kita telah pun menyiasat segala apa aduan yang telah diberikan kepada kita dan hari ini akan saya berikan notis kepada semua bahawa ada lebih kurang 288 yang telah kita ambil tindakan dan gugur daripada menjadi ahli parti Bersatu kita

"Saya dah maklumkan ke beberapa media dan kita akan keluarkan ke beberapa media senarai mereka itu dan insya-Allah esok akan keluar notis melalui surat khabar kepada bahagian-bahagian.

"Kita juga akan berikan nama tersebut supaya kalau ada yang menjadi wakil, dia tidak boleh hadir dalam mesyuarat perwakilan bahagian dan begitu juga kepada JPP supaya JPP akan dapat menentukan sama ada mereka boleh hadir ataupun bertanding dan JPP boleh potong nama mereka dari senarai calon-calon yang bertanding," katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Pelantikan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Acryl Sani Abdullah di Putrajaya, pada Jumaat.

Dalam pada itu, tambahnya Bersatu telah menerima lebih 30,000 permohonan ahli baharu dalam masa dua minggu.

#Sumber : Astro    

MR : Tapi kalau mengikut PH mungkin diwar-warkan 1000 kot!   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.