Header Ads

Header ADS

Amah `mandikan’ anak majikan dengan air panas dijel lima tahun


KLANG:
Seorang pembantu rumah menangis teresak-esak sambil mengesat air mata apabila Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan mencederakan anak majikannya padaJulai lalu.

Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd. Zain menjatuhkan hukuman ke atas  Eli Limayati,21, yang mengaku bersalah atas  pertuduhan yang dibacakan terhadapnya dalam bahasa Indonesia dialek Sunda.

Dalam prosiding tersebut, Hakim memerintahkan janda anak satu dipenjara bermula dari  tarikh dia ditangkap pada 30 Julai.

Selain itu, tertuduh juga dikenakan bon berkelakuan baik RM40,000 lima tahun dan seorang penjamin serta menjalani khidmat masyarakat  180 jam secara agregat dalam tempoh enam bulan.

Mengikut pertuduhan, Eli Limayati didakwa  menyebabkan seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun melecur dalam kejadian pukul 6.30 petang, 29 Julai lalu di Taman Klang Perdana, Kapar.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan jika disabit bersalah boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun, denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah mengurangkan hukuman  dengan alasan dia tidak sengaja kerana ketika kejadian kanak-kanak itu meronta-ronta dan menangis sehingga terlepas daripada dukungan lalu terjatuh ke dalam baldi berisi air panas. 

“Malah, saya juga perlu menanggung ibu bapa yang sakit selain perlu menjaga seorang anak di Indonesia berikutan telah berpisah dengan suami. 

“Saya mohon maaf dan menyesal dengan apa yang berlaku serta tidak ingin mengingati perbuatan tersebut,” katanya. 

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan mungkin tidak mahu lagi bekerja, seorang pembantu rumah Indonesia bertindak `memandikan’ anak majikannya dengan air panas.

#Sumber : – UTUSAN MALAYSIA   



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Kadang2 kita tak nampak majikan yang menekan perasàan dia, tapi dia tak bijak untuk melepaskan diri. Selalu keadilan di dunia tak melihat secara keseluruhan. Allah maha adil.

    BalasPadam
    Balasan
    1. undang2 dunia... ciptaan manusia... apa nak diharapkan

      Padam
  2. Yallah mudah"an majkkanyh memapkaaan kehilapannyh yallah lindungilaaah sodara ku yang ada di malaysia semoga majikanyh melepaskan hukumanyh yallah amin yarob alamin . . 😭😭😭😭😭

    BalasPadam
  3. Promosi Terkini Coway. Hubungi agen sah Coway 018-3113463 (En. Faris) atau layari website https://izwacoway.com/
    .
    Penapis Air Coway
    Penapis Udara Coway
    Tilam Coway
    Promosi Coway
    .
    Free daftar, hantar, pasang, pindah dan servis.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.