Header Ads

ads header

Flash News

Dakwaan liwat: Lelaki kata dia diperalat membuat SD


Individu yang sebelum ini mendakwa seorang pemimpin politik pembangkang terkemuka melakukan liwat terhadap dirinya kini tampil membuat penjelasan.

Menurut individu terbabit, dia telah diperalat dan dipergunakan oleh seorang pemimpin NGO untuk membuat tuduhan tersebut.

Ketika dihubungi, lelaki terbabit mengesahkan dia membuat laporan polis terhadap presiden Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Malaysia Ramesh Rao Krishnan Naidu dan bloger Raja Petra Kamaruddin.

Berdasarkan laporan polis, dia mendakwa dipengaruhi untuk membuat akuan bersumpah (SD) berkenaan liwat yang dilaporkan sebelum ini.

Lelaki itu juga mendakwa Ramesh Rao berjanji akan memberikannya habuan atau pampasan atas tindakan tersebut.

Laporan polis dibuat setelah blog Malaysia Today menerbitkan artikel mengenai tuduhan liwat berkenaan.

"Saya telah diperalat dan dipergunakan oleh Datuk Seri Ramesh Rao Krishnan Naidu dengan melakukan penyebaran berita berunsur lucah di media sosaial keatas saya hingga menyebabkan segala maruah saya dan seluruh ahli keluarga saya tercemar dan telah menyebabkan saya diganggu oleh beberapa pihak media sehingga menyebabkan saya terganggu emosi dan tertekan.

"Tujuan laporan ini dibuat adalah untuk mengambil tindakan kepada Dato Sri Ramesh Rao dan Raja Petra yang menyebarkan berita berunsur lucah ke media sosial," menurut laporan

Tak pernah berjanji

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan polis mengambil kenyataan pengadu semalam dan akan memanggil Ramesh Rao untuk disoal siasat.

"Siasatan sedang dijalankan," kata Mior

Bagaimanapun, Ramesh Rao ketika dihubungi berkata polis telah menghubunginya bagi diambil keterangan esok.

"Saya akan memberikan kerjasama sepenuhnya dan memberitahu perkara yang sebenarnya.

Ramesh Rao

"Saya tidak pernah berjanji atau memberitahu (pengadu) bahawa (menteri) akan membiayai dia," katanya

Selain itu, Ramesh Rao juga mengaku meyakinkan lelaki terbabit untuk membuat akuan berkanun berhubung dakwaan liwat terbaru melibatkan seorang ahli politik pembangkang terkemuka itu.

"Ya, saya lakukan, kerana tanpa SD bagaimana untuk membuktikan bahawa dia adalah mangsa?" katanya.

Dalam SD bertarikh 29 Jun lalu, lelaki terbabit didakwa melakukan hubungan seksual dengan ahli politik berkenaan di beberapa hotel pada 2013 dan diberikan upah sejumlah RM300 setiap kali bersama.

Dia turut mendakwa atas permintaan ahli politik itu, dia juga memperkenalkan seorang kawannya kepada ahli politik berkenaan dan kedua-duanya melakukan hubungan seks.

MR : Liwat di Malaysia jika suka sama suka tak salah. Jika ada aduan salah. Bagaimana dengan gambar dan video liwat baharu tersebar? Adakah ini juga palsu?   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan