Header Ads

ads header

Flash News

DAP (Dapsy) buat laporan tentang Dr Khairuddin


Pemimpin Pemuda DAP (Dapsy) Seputeh telah membuat laporan polis terhadap Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berikutan dakwaan pelanggaran arahan kuarantin.

Berdasarkan laporan polis, Ketua Dapsy Seputeh Diccam Lourdes Lourdhusamy berkata dia telah membaca laporan berita berhubung dakwaan menteri terbabit ingkar arahan kuarantin dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan berdasarkan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Laporan polis itu dibuat di balai polis Sri Petaling pada jam 2.26 petang hari ini.

Ketua Polis Brickfields Zairulnizam Mohd Zainuddin memaklumkan telah menerima laporan itu, berkata ia telah dirujuk kepada Kementerian Kesihatan bagi tindakan lanjut.

Sementara itu, Diccam pada hantaran di media sosial pula mendakwa kerajaan bersikap berat sebelah.

“Jika rakyat biasa yang pergi ke Turki dan pulang mereka perlu melalui kuarantin 14 hari. Mengapa menteri ini tidak dikuarantinkan?.

“Mereka ini Superman (adiwira) kah? Bila jadi menteri atau ahli parlimen ada perisaikah,” soalnya menerusi video yang dimuat naik di akaun Facebook.

Dia juga mengambil maklum bahawa Turki telah merekodkan banyak kes positif Covid-19 dan ribuan nyawa terkorban akibat wabak tersebut.

Katanya lagi, jikalau Khairuddin positif, maka beliau boleh membawa risiko jangkitan itu sehingga ke parlimen.

Dilaporkan Khairuddin pergi telah ke Turki pada 3 hingga 7 Julai dan pada ketika itu, negara tersebut telah merekodkan 5,600 kes baru dengan 93 kematian.

Turki secara keseluruhan juga mencatat 250,000 kes positif dengan 6,061 kematian akibat wabak itu.

Diccam juga menyoal sekiranya Khairuddin bakal berdepan hukuman denda atau penjara kerana melanggar arahan kuarantin sama seperti rakyat biasa yang dikenakan tindakan tersebut.

Semalam, Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok mendakwa Khairudin telah ke Turki atas urusan peribadi dan tanpa mengkuarantin diri telah hadir ke Dewan Rakyat pada 13 Julai.

Sumber dekat dengan menteri dilaporkan berkata Khairuddin telah disahkan negatif Covid-19 dan Turki telah menjadi negara zon hijau.

Bagaimanapun, Covid-19 mempunyai tempoh inkubasi (pengeraman) selama 14 hari, dan jumlah kes dilaporkan di Turki telah menimbulkan persoalan terhadap dakwaan Khairuddin terhadap situasi negara itu ketika beliau berkunjung ke sana.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dr Noor Hisham Abdullah hari ini berkata pihak kementeriannya sedang menyiasat dakwaan terhadap Khairuddin tersebut.

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan