Header Ads

ads header

Flash News

Enam murid cedera sekolah dilanda ribut


MELAKA -
Seramai enam murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Malim, di sini dihantar ke Hospital Melaka selepas mengalami kecederaan akibat dihempap siling bangunan sekolah yang runtuh dalam kejadian ribut di kawasan itu pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Melaka berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10.17 pagi itu beberapa siling dan bumbung bangunan turut diterbangkan angin sejauh kira-kira 50 meter.

Menurutnya, anggota bomba bersama jentera tiba di lokasi kejadian kira-kira 13 minit selepas menerima laporan.

Keadaan kelas akibat ribut pagi tadi di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Malim.

Katanya, sebaik tiba di lokasi mendapati 22 murid berada di luar bangunan dan enam lagi cedera serta mengalami trauma.

Sementara itu, tinjauan mendapati lebih tiga kelas di tingkat dua sebuah bangunan sekolah tersebut terjejas teruk termasuk kesemua bumbung tercabut.

Selain itu, situasi juga menunjukkan keadaan tenang dan terkawal selepas kesemua murid diselamatkan.

Pasukan penyelamat membabitkan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Bomba, St John Melaka dan petugas kesihatan masih berada di lokasi kejadian.

Datuk Dr.Mah Hang Soon turun padang melawat keadaan SJKC Malim yang dilanda ribut di sini, hari ini.

Timbalan Menteri Pendidikan Dr. Mah Hang Soon dan Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md Ali turut melawat kawasan sekolah itu.

Difahamkan lebih 30 rumah penduduk sekitar termasuk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu juga terjejas dalam kejadian ribut itu.

#Sumber : Sinar Harian   

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan