Header Ads

ads header

Flash News

Hanya PRU-15 boleh tutup pintu Dr. Mahathir


JOHOR BAHRU:
Hanya melalui Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang boleh menutup pintu Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk kembali ke kerajaan memandangkan masih terdapat lagi cita-cita bekas Perdana Menteri itu belum dicapai.

Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, salah satu cita-cita Ahli Parlimen Langkawi itu adalah untuk memastikan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kalah dalam semua kes yang dihadapinya di mahkamah.

Ujarnya lagi, walaupun dua matlamat Dr. Mahathir telah berjaya iaitu menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sewaktu pilihan raya umum lalu dan menyekat peluang Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, namun belum mencapai membabitkan nama Najib.

“Pada perkiraan beliau ianya belum boleh dikatakan semua matlamatnya sudah tercapai. Dalam hal Najib, hanya baharu kes SRC International kerana beliau ingin melihat Najib kalah dalam kesemua perbicaraan iaitu 1MDB, laporan audit dan barulah dia akan berpuas hati.

“Oleh demikian, hanya PRU-15 yang boleh menutup pintu Dr. Mahathir kembali ke dalam kerajaan dan oleh itu Barisan Nasional (BN) tidak boleh terlalu berlembut sangat dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menjelang PRU-15,” katanya dalam hantaran Facebook beliau di sini semalam.

Ujar Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru itu lagi, PRU-15 perlu dilakukan dengan lebih awal walaupun masih timbul tanda tanya sama ada ianya akan berlaku dalam masa terdekat atau sebaliknya.

“Lagilah seronok kumpulan elit berpolitik sesama sendiri daripada menyerahkan kuasa kepada rakyat. Walaupun Bersatu sudah isytihar ingin menyertai MN, jangan-jangan parti itu bagaikan ‘Trojan Horse’ untuk Dr. Mahathir,” katanya.

Terdahulu, Shahrir berkata, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Tan Sri Rais Yatim telah mengesahkan kenyataannya sebelum ini berhubung perubahan kerajaan antara Dr. Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau sebelum ini pernah menyatakan Dr. Mahathir sudah mengetahui mengenai gerakan membawa keluar daripada Pakatan Harapan (PH) oleh dua kumpulan yang masing-masing diketuai Muhyiddin dan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Tujuan Dr Mahathir pada pandangan saya, ingin menafikan Anwar menjadi PM, ini matlamat beliau yang kedua. Namun pertama adalah menjatuhkan kerajaan UMNO dan BN pada PRU-14 dan ini pun Dr. Mahathir telah berjaya. Maka sudah dua matlamat tercapai itu.

“Yang ketiga, beliau ingin melihat Najib dibawa ke mahkamah seperti mana disahkan bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali apabila dikunjungi di rumahnya oleh bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram sebelum PRU-14. 

“Setakat kes SRC di Mahkamah Tinggi, Tun Mahathir sudah berjaya. Gopal juga yang menjadi pendakwa raya,” katanya.

#Sumber : UTUSAN    

MR :  Setuju  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan