Header Ads

ads header

Flash News

Jamal samakan nasibnya dengan Asri Janggut


Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Jamal Md Yunos meminta pihak polis dan peguam negara meneliti semula pertuduhan terhadapnya berhubung pendedahan kegiatan perjudian haram di Ampang, Selangor pada 2016.

Menyamakan nasibnya dengan Mohd Asri Hamid atau lebih dikenali sebagai Asri Janggut, Jamal berkata pendedah maklumat sepatutnya dilindungi, bukannya dijadikan sasaran.

Asri Janggut yang merupakan pengasas rangkaian gerai Hot Burger baru-baru ini menjadi tumpuan apabila video kegiatan perjudian haram di Sungai Buloh yang dirakamnya menjadi tular di media sosial sehingga mendapat perhatian menteri dalam negeri dan ketua polis negara.

"Saya nak maklumkan, apa yang berlaku kepada Asri Janggut dengan apa yang berlaku kepada saya tahun 2016 tidak jauh bezanya.

"Saya adalah orang yang memberikan maklumat kepada pihak polis tetapi akhirnya saya didakwa, dituduh," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di balai polis ibu pejabat daerah Ampang Jaya hari ini.

Laporan polis tersebut turut menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara meneliti dan mengkaji semula pendedahannya itu.

Untuk rekod, pada Mac tahun lalu, Mahkamah Majistret Ampang di Kuala Lumpur melepaskan tanpa membebaskan Jamal daripada pertuduhan menceroboh sebuah premis perjudian di Taman Kosas, Kuala Lumpur pada 2016.

Dia didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Menurut Jamal, laporan polis itu dibuat bagi menegakkan keadilan dan membersihkan imej dirinya bersama rakannya yang terlibat dalam mendedahkan aktiviti judi haram tersebut.

"Saya ni orang yang memberikan maklumat. Tapi saya yang pula dizalimi.

"Jadi hari ni saya buat laporan dan sidang media untuk tuntut keadilan bagi pihak saya bersama dengan sembilan rakan-rakan atau anak buah saya yang lain.

"Cukuplah kami dah kena lokap, dibicarakan, bayar jaminan melibatkan puluhan ribu ringgit.

"Jadi saya berharap pihak kerajaan, pihak peguam negara tarik balik pertuduhan yang saya dedahkan," katanya.

Jamal berada di IPD Ampang Jaya selama hampir satu jam sambil ditemani peguam, Imran Tamrin.

MR : Sama tapi tak serupa   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan