Header Ads

ads header

Flash News

Jangan Sampai Memperlekeh Hudud


1. Biarpun kita tidak bersetuju sesama kita tentang sesuatu perkara, jangan sampai kita mengeluarkan kenyataan yang dilihat seakan memperlekeh atau merendahkan hukum Allah. Ini kerana, sikap merendahkan hukum Allah ini adalah perlakuan munafiq seperti yang disebutkan dalam al-Quran:

وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللَّهِ يُكْفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا ، فَلَا تَقْعُدُوا مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ

"Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintah dan hukumNya) di dalam Kitab (Al-Quran), apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain." (al-Nisa: 140)

2. Rasulullah turut mengingatkan kita agar berhati-hati dalam mengeluarkan perkataan yang kita tidak menyangka akan kesannya yang besar. Sabda Rasulullah:

إِنَّ الرَّجُلَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ لَا يَرَى بِهَا بَأْسًا يَهْوِي بِهَا سَبْعِينَ خَرِيفًا فِي النَّارِا

“Seorang lelaki mengucapkan satu kalimah yang dia tidak merasakan apa-apa masalah dengannya (memandang remeh dengan kalimah tersebut), yang mana ianya boleh membawanya kepada tujuh puluh jarak dalam neraka.” (HR al-Tirmizi)

3. Al-Imam al-Mubarakfuri menjelaskan bahawa sebahagian manusia memandang remeh perkataan yang diucapkannya sehingga dia tidak menyangka perkataan tersebut menjadi penyebab kepada dia dihumban ke neraka. (Tuhfah al-Ahwazi)

4. Al-Imam Ali al-Qari pula meriwayatkan hadith berhubung kecaman Rasulullah terhadap mereka yang bercakap bagi tujuan bergurau tanpa menilai dahulu kesan ucapan tersebut barangkali tidak sesuai untuk dijadikan bahan gurauan. Sabda Rasulullah:

إِنَّ الْعَبْدَ لَيَقُولُ الْكَلِمَةَ لَا يَقُولُهَا إِلَّا لِيُضْحِكَ بِهِ النَّاسَ، يَهْوِي بِهَا أَبْعَدَ مَا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ،

“Seorang hamba mengucapkan perkataan bagi tujuan bergurau (untuk digelak) sedangkan perkataan tersebut boleh membawanya ke neraka yang jarak keduanya antara langit dan bumi.” (Mirqa al-Mafatih)

5. Justeru, berhati-hatilah dalam mengeluarkan kenyataan. Jangan sampai perkataan kita dilihat seakan merendahkan hukum Allah. Kesilapan manusia melaksanakan hukuman tiada kaitan dengan hudud Allah.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi



MR :   Hina agama sendiri bila jati Islam dalam diri sudah rosak 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


9 ulasan:

  1. Kita umat Islam wajib menolak pemimpin seperti ini.

    BalasPadam
  2. Siapa sebenarnya yg memperlekehkan hudud ni? Bayangkan undang2 ciptaan manusia pun dilanggar sesuka hati walaupun tahu pemantauan itu ada inikan pula undang2 Allah yg tiada penguatkuasaan dan pemantauan.. huhu.. lepas tu dilakukan pula oleh mereka yg kononnya nak menegakkan hukum hudud ni.. mereka2 inilah yg sedang dan akan terus memperlekehkan hukum hudud dari segi perbuatan.. ni lagi teruk dari lisan.. lepas tu menggunakan duit utk memujuk agar kesalahan ini dimaafkan dan dilupakan.. tak payahlah nak listkan hadis2 berkenaan ape yg Syed ni cakap sbb lagi byk hadis yg kita boleh listkan utk kesalahan yg Khairudin ni dan buat.. dan kita umat Islam wajib menolak pemimpin spt Khairudin ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sempit pemikiran..Dap suka?

      Padam
    2. Hello Encik. Dr. Khairuddin is tested negatif lah Encik.

      And he came from a low risk country lah Encik. Turkey is low risk unlike China or The US or the UK, or even Iran.

      Dan kalau pun tak puas hati, silalah buat laporan polis. Ahli Parlimen tak boleh masuk campur bidang kuasa polis. Nanti kita akan charge kamu salah guna kuasa baru padan muka.

      Kalau nak samakan dengan kes lain yang positif Covid, mana adil. Inikah keadilan cara PH? Kalau macam tu memang hancur lah negara. Kalau semua kes Ahli Parlimen masuk campur, termasuklah kes remeh macam ni, memang lingkuplah negara. Tu sebab performance 22 bulan memang Hancing.

      Padam
  3. Kan lebai Pas sendri yg mempermainkan hukum hudud. Desak laksanakan hudud masa jadi pembangkang. Dah jadi kerajaan, tak nak laksanakankan. Betul x lembu2 ternakan Pasumno sekalian?? Kah355x

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. Kalau buat RUU 355 sekarang memang takkan lulus punya sebab ramai non Muslim dalam parlimen.Orang macam Khalid Samad dan Md. Sabu pun sudah tentu menentang RUU tersebut.
      Kalau buat pun buang masa sahaja. Tunggu GE 15 kita akan buat.

      Padam
  4. Tindakan seorang budak setahun jagung menghina, menfitnah dan memburuk-burukkan ajaran Islam seperti Hudud telah disokong sepenuhnya oleh RBA-RBA ternakan parti rasis kafir harbi dan khadam liberal mereka yang cuba menegakkan benang basah.

    Tindakan menghina ajaran Islam adalah kesalahan yang sangat berat dan boleh dihukum mati kerana murtad dan menghina Islam. Tindakan RBA menyamakan tindakan menghina Islam dengan kesalahan melanggar SOP covid-19 adalah tindakan terdesak RBA untuk memburuk-burukkan kerajaan PN. Tindakan hipokrit RBA ini adalah seperti cubaan tidak masuk akal untuk menyamakan buah durian dengan buah anggur.

    Mengikut ajaran Islam, jika seseorang menghina ajaran Islam yang terkandung dalam Al-Quran atau Sunnah, maka iman orang tersebut telah terbatal @ murtad. Hukum yang sama untuk penyokong-penyokong tersebut tetapi puak RBA tidak peduli tentang hukum ini kerana dedak cap roket lebih penting bagi mereka.

    RBA-RBA ini mungkin terdiri dari puak munafiqun dan puak kafir harbi yang menyamar sebagai orang Melayu kerana mereka berani menghina, menfitnah dan memburuk-burukkan ajaran Islam, hukum Islam, perjuangan Islam, Allah, Nabi, ulama Islam, parti Islam dan umat Islam yang cintakan Allah dan RasulNya.

    Mereka menyokong rancangan parti kafir harbi untuk melaksanakan ICERD, Malaysian Msia, Rome Statute dll untuk menafikan hak agama Islam dan hak umat Islam dan hak raja-raja Melayu supaya mereka boleh menjadikan negara Kita sebuah negara republik seperti Singapura di mana umat Islam ditindas oleh pemerintah kafir.

    Mereka suka menyebarkan pelbagai fitnah dalam pelbagai blog dll untuk menghina, menfitnah dan memburuk-burukkan dan melaga-lagakan parti Islam dan parti Melayu supaya umat Islam terutamanya kaum Melayu berpecah belah dan menjadi sangat lemah supaya parti kafir harbi boleh berkuasa semula.

    Contoh RBA tersebut ialah RBA 24 Ogos 2020 4:16 PTG yang menggunakan Modus Operandi yang sama dalam prlbagai blog untuk menyebarkan fitnah terhadap parti Islam dan parti Melayu.

    Puak RBA ini cenderung untuk membela puak kafir harbi yang menghina Islam dan umat Islam jika salah laku puak kafir tersebut dikritik oleh umat Islam. Mereka menyokong puak evangelis yang memimpin parti kafir harbi walaupun puak evangelis aktif menyebarkan agama kristian di negara umat Islam.

    Inilah sikap hipokrit puak RBA yang berpura-pura mendakwa diri mereka Islam tetapi mereka bersikap seperti orang kafir harbi.

    Adalah sangat malang puak ular-ma pandap masih berdiam diri seperti Syaitan bisu tidak mengutuk tindakan menghina Islam mungkin kerana mereka sedang menunggu fart-wa dari tuang guru gonna end.

    Allah telah berfirman yang bermaksud:

    Dan apabila mereka (puak munafiqun) bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: " Kami telah beriman ", dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:" Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)".
    (Al-Baqarah 2:14)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah saudara.
      RBA ini bertuhankan duit dan upah. Mereka sanggup buat fitnah hanya kerana duit. Kesanggupan inilah yang membuatkan mereka terkena celaka. Muda-muda lagi dah kena sakit jantung dan kencing manis.

      Padam