Header Ads

ads header

Flash News

KASA tubuhkan Waqaf Air


SETELAH
hampir lima bulan dilantik menjadi Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man semalam mengumumkan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) akan menubuhkan sebuah institusi yang berkaitan dengan Waqaf Air.

Di dalam ucapan penggulungan perbahasan Titah Ucapan Yang Di Pertuan Agong di Dewan Rakyat petang semalam, Dato’ Tuan Ibrahim mengumumkan institusi berkaitan Waqaf Air ini sedang diusahakan penubuhannya oleh KASA, bertujuan untuk membantu perbekalan air kepada rakyat.

Konsep Waqaf Air ini mengambil contoh daripada tindakan Sayyidina Uthman Bin Affan yang telah mewaqafkan Telaga Rumah untuk kegunaan penduduk awam Madinah di masa Rasulullah S.A.W.

Amalan Sayyidina Uthman tersebut telah diikuti oleh para dermawan Muslim sepanjang sejarah peradaban Islam sehingga wujud kemudahan-kemudahan bekalan air untuk kegunaan awam di zaman Bani Umayyah, Abbasiyyah dan Uthmaniyyah. Masyarakat Muslim dididik mewaqafkan air akan diberi ganjaran besar oleh Allah S.W.T.

Kewujudan institusi berkaitan Waqaf Air ini selari dengan agenda Negara Berkebajikan yang diusahakan oleh PAS, iaitu masyarakat awam khususnya golongan berkemampuan berkongsi tanggungjawab dengan Kerajaan untuk menyediakan keperluan asas dan kemudahan awam yang lain kepada rakyat.

Pendekatan ini bukan sahaja meringankan bebanan Kerajaan tetapi membuka peluang kepada golongan berkemampuan untuk mendapatkan ganjaran pahala Waqaf yang begitu besar dijanjikan oleh Allah S.W.T.

DR MOHD ZUHDI MARSUKI
Setiausaha Politik kepada Menteri Alam Sekitar dan Air

#Sumber : Harakah   

MR : Fokus kepada kebajikan rakyat   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan