Header Ads

ads header

Flash News

Kemenangan di Slim bukti MN semakin dapat sambutan, kata penganalisis


PETALING JAYA:
Penganalisis politik melihat keputuan pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim semalam sebagai pengesahan kekuatan Muafakat Nasional (MN) yang merupakan gabungan 3 parti politik Melayu terbesar.

Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia berkata, keputusan itu menunjukkan bahawa kerjasama antara Umno, PAS dan PPBM berkesan.

“Ia menunjukkan MN semakin mendapat tempat dan berada di kedudukan lebih baik sekarang. Sokongan akar umbi juga bertambah kuat,” katanya.

Berdasarkan keputusan dari pusat daerah mengundi, undi protes terhadap Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum lepas mungkin telah kembali kepada gabungan politik itu, katanya.

“Peratus keluar mengundi yang rendah menunjukkan mereka yang tidak keluar mungkin merupakan penyokong Pakatan Harapan (PH). Kita tidak lihat tokoh utama PH datang berkempen untuk Pejuang,” katanya.

Parti Pejuang Tanah Air adalah parti baru yang ditubuhkan oleh bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan sekutu beliau .

Sivamurugan berkata, parti baru itu tidak memiliki jentera pilihan raya yang kuat.

“Saya fikir Dr Mahathir memang menjangkakan keputusan itu, tetapi beliau memerlukan platform bagi menunjukkan bahawa Pejuang juga mempunyai tempat. Ini bukan titik hujung beliau.”

Pakar sains politik Chandra Muzaffar berkata, kerjasama antara Umno, PAS dan PPBM bakal menyaksikan gabungan itu menguasai sepenuhnya undi orang Melayu di luar bandar.

Beliau berkata, keputusan itu juga menunjukkan bahawa Mahathir kehilangan sebahagian daripada sokongan luar bandar beliau.

“Beliau merupakan perdana menteri selama 24 tahun sebanyak 2 kali, ramai yang percaya calon yang disokongnya sepatutnya meraih keputusan lebih baik,” katanya.

James Chin dari Institut Asia Universiti Tasmania berkata, Pejuang mempunyai peluang lebih baik jika calonnya bertanding menggunakan lambang parti itu sendiri, bukannya sebagai calon Bebas.

“Pejuang perlu bekerja lebih gigih. Ia tidak mecapai keputusan yang baik kerana mereka tidak mempunyai infrastruktur parti, selain terpaksa menggunakan bendera Bebas,” katanya.

#Sumber :   FMT 

MR :    Jaga dan kukuhkan MN dan PN


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Cakap tak insuran....
    Melalak la

    BalasPadam
  2. Zaman mahathir sudah lama berlalu. tak payahlah asyik pergunakan orang tua tu.Jika setiap hari ucapan adalah menyalahkan orang, maka apalagi bekalan untuk masuk kubur.jangan letih dan lelah mengumpul dosa di kala hayat masih bersisa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Kalau asyik salahkan Najib sahaja, apa yang kita dapat?

      Padam