Header Ads

Header ADS

Kenyataan Khaled diperbesarkan untuk tunjuk penyertaan Bersatu kecoh, itu sebahagian kerja jahat Malaysiakini


Seperti yang kita telah maklum, Malaysiakini dikatakan telah mendapat kontrak dengan bayaran jutaan ringgit sama dengan Sarawak Report oleh PH untuk agenda merosakkan ketabilan kerajaan Pakatan Nasional (PN).

DS Mohamed Khaled telah membuat posting ringkas dalam facebooknya berkenaan Bersatu menyatakan persetujuan menyertai MN. Kenyataan ini adalah biasa bagi pimpinan UMNO kerana BERSATU adalah 'pengkhianat' mengikut pimpinan UMNO sebagaimana AMANAH adalah pengkhianat bagi PAS.

Tapi dalam usaha menjamin kestabilan agama Islam dan orang Melayu yang agenda lebih besar, perkara ini diketepikan.

Tapi Malaysiakini cuba membesar dan mengapikan supaya wujud salaing tak puas hati dalam hati ahli UMNO dan BERSATU.

Lihat apa Malaysiakini buat dalam pemberitaannya pada posting pendek DS Mohamed Khaled? Kalau kita masih bodoh lagi dengan menghadam berita-berita Malaysiakini maka macam kita makanan yang penuh dengan perasa dan pewarna tiruan. Makanan (baca berita) nampak cantik dan hebat tapi sebenarnya hampas!

Malaysiakini

Sertai Muafakat Nasional: Khaled beri peringatan buat Bersatu

Diterbitkan

Beberapa jam selepas Muhyiddin Yassin menyatakan keputusan Bersatu mahu menyertai Muafakat Nasional, seorang pemimpin kanan Umno tampil memberi peringatan buat parti berkenaan.

Menurut Mohamed Khaled Nordin berkata tidak ada masalah jika Bersatu memang benar-benar mahu menyertai gabungan rasmi yang setakat ini dianggotai Umno dan PAS itu.

Pun begitu, naib presiden Umno itu mengingatkan, langkah berkenaan tidak boleh digunakan untuk tujuan lain.

"PPBM (Bersatu) boleh menyertai Muafakat Nasional (MN). Walau bagaimanapun kemasukannya dalam MN janganlah digunakan pula untuk mendesak Umno menyertai Perikatan Nasional (PN)," katanya dalam satu hantaran ringkas di media sosial malam ini.

Pagi tadi Muhyiddin mengumumkan majlis pimpinan tertinggi (MPT) parti itu memberi persetujuan untuk Bersatu menyertai MN dan menganggap ia sebagai langkah terbaik buat mereka.

"​Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu juga telah bersetuju untuk menyertai Muafakat Nasional yang mendukung Perikatan Nasional sebagai gabungan besar atau the grand coalition

"Insya-Allah, penyertaan Bersatu dalam Muafakat Nasional akan dimuktamadkan dalam masa terdekat," katanya.

Kenyataan sama turut diulang bekas timbalan presiden Umno itu semasa menyampaikan ucapan di Johor Bahru malam ini.

Ada beza MN dan PN

Untuk rekod MN ialah kerjasama dua parti yang berseteru selama berpuluh-puluh tahun, Umno dan PAS, dan dibuat sebagai menghadapi Pakatan Harapan (PH) sebagai kerajaan sebelum ini.

Ketika MN ditubuhkan, Bersatu adalah sebahagian daripada PH. Menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14 lalu Muhyiddin - sama seperti kebanyakan pemimpin PH yang lain - giat menyerang Umno dan PAS.

Bagaimanapun melalui percaturan mengejut dikenali sebagai Langkah Sheraton, Muhyiddin membawa Bersatu bekerjasama dengan MN dan BN. Ia membolehkan Muhyiddin - yang sebelum ini menjadi menteri dalam negeri - menjadi perdana menteri.

Ia kemudian melahirkan PN iaitu sebuah gabungan yang sehingga kini belum berdaftar secara sah. Beberapa pemimpin kanan Umno secara terbuka dilihat memberi reaksi dingin terhadap kewujudan PN.

Pada masa sama kedudukan Muhyiddin dilihat begitu rapuh di parlimen kerana jumlah sokongan yang diperolehinya sangat tipis. Ia akan menyukarkan PN untuk mengambil sebarang langkah kritikal.

Pagi tadi Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, sendiri secara lantang menegaskan perlunya kerjasama dalam PN dijalankan secara jujur dan tidak menjadikan parti itu seperti melukut di tepi gantang.

Kehadiran Pemuda Bersatu (Armada) di majlis itu pula diejek pengokong BN.

Khaled juga mengingatkan ada perbezaan di antara menjadi anggota MN dan PN.

"Menjadi sebahagian daripada MN sangat berbeza dengan menjadi sebahagian daripada PN," katanya.


MR : dah tahu Malaysiakini adalah agenda orang kapir yang memusuhi Islam tapi masih jadikan MK Quran Berita.    


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. mahyuddin sepatutnya xperlu ikut muafakat nasinol MN. umno sebenarnya org xmau. Zahid dan khalid dan juga menteri umno semuanya bukan bantu rakyat. umno utk diri keluarga masing2. Mahyuddin memang best.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nampaknya RBA merasa sangat benci melihat kerjasama antara Bersatu, PAS dan UMNO kerana kerjasama ini boleh menyatu-padukan umat Islam. Kerjasama ini juga menjadi penghalang kepada cita-cita jahat parti kafir harbi dan khadam liberal mereka untuk memerintah negara Kita.

      Padam
    2. Cina balik tongsan keling balik kerala.

      Padam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.