Header Ads

Header ADS

Lima perkara penting kenyataan akhbar Ismail Sabri, 11 Ogos 2020


KUALA LUMPUR
: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 230 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan seramai 13 individu direman manakala 215 individu pula dikenakan kompaun atas beberapa kesalahan.

Berikut merupakan lima perkara penting dalam kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada 11 Ogos 2020:

1) Seramai 230 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan PKP, 13 direman, dua dijamin dan 215 dikompaun

2) Dari 1 Mei sehingga 10 Ogos 2020, seramai 2,931 pendatang asing tanpa izin (PATI), 625 tekong serta 167 penyeludup ditahan.

3) PDRM telah membuat 65 Sekatan Jalan Raya Operasi Benteng di seluruh negara dan memeriksa 27,200 kenderaan bagi mengekang kemasukan PATI terutamanya di lorong-lorong tikus.

4) Sebanyak 13 operasi sanitasi meliputi 12  zon termasuk lima Zon Kuning yang melibatkan tujuh buah negeri iaitu Sabah (enam operasi), Selangor (dua operasi), Pahang, Sarawak, Perlis, Kedah dan Kuala Lumpur (satu operasi).

5) PDRM telah melakukan 1,445 pemeriksaan terhadap individu yang sedang menjalankan kuarantin wajib 14 hari di kediaman masing-masing (home quarantine).

#Sumber :  Astro  
 









............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.