Header Ads

Header ADS

Mati selepas 7 tahun dikurung, dinafikan rawatan


SEMALAM
, berita dukacita diterima. Pimpinan Ikhwan Dr Isam Uryan meninggal dunia.

Beliau seorang tokoh aliran sederhana dalam Ikhwan dan sering menjadi pendamai dalam sebarang konflik dalaman.

Doktor perubatan dan ahli syariah ini seorang Ahli Parlimen (1987-1990). Beliau anggota Maktab Irsyad Ikhwanul Muslimin dan juga ketua lajnah politiknya.

Bila Ikhwan menubuhkan parti politiknya Parti Kebebasan dan Keadilan, Dr Isam dipilih sebagai Timbalan Presiden parti berkenaan.

Beliau memiliki pengalaman pendidikan yang padat. 1977, Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan dari Universiti Kaherah. 1986 Sarjana Pathologi Klinikal dari universiti yang sama.

Tahun 1992 Sarjana Muda Undang-undang Universiti Kaherah. 1999 Sarjana Syariah dari Universiti Al Azhar. Tahun 2000 Sarjana Muda Sastera dan Sejarah Universiti Kaherah. Pada tahun yang sama beliau peroleh ijazah dalam bidang tajwid.

Beliau turut mendaftar beberapa pengajian di peringkat diploma dan PhD. Namun gagal menyempurnakannya kerana kerap ditahan dan dipenjarakan.

Sejak zaman pengajian di universiti beliau aktif dalam gerakan Islam. Beliau pernah dipilih sebagai Presiden Kesatuan Pelajar Universiti seluruh Mesir.

Menyertai Ikhwanul Muslimin pada 1974. Menjadi orang pertama menggerakkan usrah di daerah Giza.

Beliau kerap menyumbang tulisan di dalam pelbagai jurnal tempatan dan antarabangsa. Beliau juga sering dijemput menyampaikan ceramah di seminar-seminar di luar negara, di Eropah, Amerika dan di pelbagai negara Arab dan Islam.

Menjelang guling kuasa yang dilakukan oleh Menteri Pertahanan Jeneral As Sisi terhadap presiden pilihan rakyat 2013, Dr Isam ditangkap dan dihadapkan dengan berbagai-bagai tuduhan bagi kesalahan yang tidak dilakukannya.

Beberapa kali mahkamah menjatuhkan hukuman ke atasnya, termasuklah hukuman penjara seumur hidup (25 tahun).

Dalam tempoh 7 tahun ditahan, beliau diuji dengan sakit jantung dan beberapa penyakit lain. Beliau mengadu kepada mahkamah tindakan penjara yang tidak membenarkannya mendapatkan rawatan. Namun aduannya sia-sia.

Beliau tidak mendapat layanan rawatan yang sepatutnya sehinggalah ke hari kematiannya semalam.

Ini bukanlah kali pertama beliau ditahan. Beliau pernah dipenjarakan dari tahun 1981 hingga 1982.

Pada 1995, beliau dipenjarakan selama 5 tahun atas ‘kesalahan’ menyertai Ikhwanul Muslimin.

Beliau pernah ditahan di penjara Tora selama 5 bulan pada Mei – Okt 2007 hanya untuk soal siasat.

Menjelang kebangkitan rakyat yang dikenali sebagai Jumuatul Ghadhab pada Januari 2011, beliau turut ditangkap bersama ramai pejuang rakyat yang lain.

Akhir sekali, apabila Presiden Mursi digulingkan, beliau termasuk ribuan anggota Ikhwan yang ditahan. Subuh 30 Oktober 2013 adalah solat terakhir beliau di luar penjara.

Semalam, 13 Ogos 2020, dalam usia 66 tahun beliau menghembuskan nafas terakhir di penjara paling ‘keras’ dikenali sebagai Penjara ‘Aqrab.

Semoga Allah merahmati Dr Isamuddin Muhammad Husain Al Uryan. Al Fatihah.

ARIS HAZLAN ISMAIL



#Sumber : Harakah   

MR :    


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Umat Islam seperti Presiden Morsi dan Dr Isam Uryan yang berjuang menegakkan Islam dan mati di jalan Allah kerana menentang musuh Islam maka sesungguhnya mereka telah mati syahid.

    Rejim El-Sisi (nama Yahudi) adalah rejim haram yang menjadi boneka rejim pengganas Israel kerana El-Sisi dan barua Zionisnya telah menggulingkan kerajaan Morsi yang sah.

    Terdapat media massa yang mendakwa El-Sisi adalah seorang Yahudi yang menyamar sebagai orang Islam.

    On December 10, Egyptian antiquities minister Khaled al-Anani announced that President Abdul Fattah al-Sisi had ordered the government to devote 1.3 billion pounds (or around $72 million) to restoring Jewish heritage in the country.
    Source: https://www.washingtoninstitute.org/policy-analysis/view/sisi-restores-jewish-heritage-in-egypt

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sisi adalah nama Yahudi סיסי

      Padam
  2. Saudara, kalau saudara ada kawan orang Turki, memang mereka akan kata orang Arab ni memang orang yang amat susah utk berurusan.
    Semasa pemerintahan Khalifah Islam Othmaniyyah, orang Arab lah yang jadi dalang perpecahan umat.
    Itu sebab mereka ada satu term yang dipanggil "Arabisation" yg sebenarnya merujuk kepada perangai jahilliyah Arab yang nabi tidak dapat hapuskan sepenuhnya walaupun datangnya wahyu daripada Allah.
    Lihatlah betapa rosaknya mereka apabila wafat nya nabi, sehingga berlaku perpecahan demi perpecahan sehingga ramai sahabat nabi terkorban di perang Siffin.
    Sedih betul.

    Semasa pemerintahan Othmaniyyah, orang Arab lah yg menjadi dalang menjatuhkan kerajaan Islam sehingga sekarang tiada lagi khalifah Islam.

    Ramai yang menjangka bahawa tugas khalifah ini akan terbit semula, kali ini di kawasan kepulauan Melayu, di kalangan raja raja Melayu (jangan lupa Brunei juga Raja Melayu)

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.