MN Merupakan Pilihan Utama Rakyat Kata Najib (bersama video)
Tanjung Malim – Bekas perdana menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menyifatkan persefahaman politik melalui Muafakat Nasional adalah pilihan utama rakyat.
“Saya pun tak pasti kerana ada macam-macam kenyataan, ada yang menafikan kata surat tersebut tidak betul dan sebagainya.
“Jadi kita tunggu perkembangannya, waima bagaimana pun kita akan menjayakan Muafakat Nasional sebagai pendekatan dan persefahaman politik yang menjadi pilihan utama rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan PAS untuk menganggotai jawatankuasa penaja Perikatan Nasional.
Najib turut menyifatkan kerjasama antara UMNO dan PAS sehingga kini amat disenangi di peringkat akar umbi.
“Setakat ini alhamdullilah kerjasama agak baik dan kita telah buktikan dalam 6 pilihan raya kecil sebelum ini.
ht“Insyallah akan terbukti kesefahaman politik dalam Muafakat
Nasional yang amat disenangi oleh rakyat terutama di peringkat akar
umbi,” katanya lagi.
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan