Header Ads

Header ADS

Mukhriz Mahathir mengakui anak perempuan dan menantunya ditahan polis di pub


Bekas menteri besar Kedah, Mukhriz Mahathir mengakui anak perempuan dan menantunya ditahan polis dalam serbuan di sebuah pub di Kuala Lumpur baru-baru ini kerana melanggar perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP).

Bercakap kepada media, Mukhriz berkata dia kecewa kerana kedua-duanya telah melanggar PKPP dan mereka wajar didenda maksimum sebanyak RM1,000.

"Saya dah pesan dah kepada kaum keluarga saya, musim PKPP ni, janganlah langgar, kerana kita mesti tunjuk contoh yang baik. 

"Memanglah saya rasa kecewa kerana pelanggaran tetap berlaku, jadi kita dah beri teguran. Memang patutlah mereka kena kompaun," katanya kepada wartawan di Felda Besout di Perak hari ini.

Mukhriz hadir untuk berkempen bagi calon bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi pada pilihan raya kecil (PRK) Slim.

Hari pengundian bagi PRK berkenaan ditetapkan pada 29 Ogos.

Mukhriz juga mengucapkan terima kasih kepada polis Kuala Lumpur kerana mengambil tindakan tegas dan adil terhadap anak perempuannya, menantunya dan 27 individu yang lain.

"Kalau hari tu, dia bagi diskaun, silap-silap saya dan Tun dituduh mencampuri urusan polis, dan dituduh beri keistimewaaan kepada anak dan menantu.

"Dan selain mengurangkan kompaun, kita bersyukur tak dinaikkan kompaun, nanti jadi penganiayaan pula kepada mereka berdua," katanya.

MR :  Nak bimbing rakyat macam mana, anak sendiripun terumbang ambing  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


7 ulasan:

  1. Hmmm..apa lagilah penyokong2 dia orang ini nak cakap..

    BalasPadam
  2. Ini lah seorang PEMIMPIN sejati.

    Kecewa anak dan menantunya melanggar arahan PKP dengan pergi ke PUB.
    Sedangkan anak dan menantu minum arak dan mabok tidaklah beliau kecewa.

    Sepatutnya kekecewaan beliau disalurkan ke arah BRAND arak yang diminum..
    Adakah San'Miguel atau tidak.?

    Sayangnya... kedua generasi ini hasil dari didikkan benih tua yang panjang umurnya hingga mampu lihat sendiri kehancuran yang disemai oleh tangannya sendiri.

    yang menariknya... Hal HARAMnya Arak tak berapa dipersoal..

    BalasPadam
  3. Sepatutnya DS Mukriz sepatutnya lebih menyesal bukan pasal langgar PKPP tapi anak DS didapati mabuk. Adakah mereka akan dihadapkan ke Mahkamah Syariah atau tidak? Kita akan tunggu dan lihat,

    BalasPadam
  4. MANA SUARA P AKATAN H ANCING P UNAH HARAPAN mp MUAR/BATU SEPUTEH dn sbgainya suruh MUKHRIZ DN MAHATHIR LETAK JAWATAN MP KERANA MINUM ARAKKKK IBU SEGALA MAKSIAT

    BalasPadam
  5. Undang undang syariah pun tak kan le ada dua darjat. Sama le cerita direct nego, orang cerita pasal janji manifesto dia gi belit pasal BN pun buat. Ni orang cerita pasal mabuk dia cerita pasal langgar SOP. Mat Sabu, Khalid Samad, Mujahid apa cerita AMANAH ke AMAT NANAH.

    BalasPadam
  6. Anak menantu minum arak dia x risau sbb dia pun minum jgk...bapak borek anak rintik le

    BalasPadam
  7. Denda 100juta pun boleh dibayar! Elok dipenjarakan saja!

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.