Header Ads

ads header

Flash News

NUTP kesal penyebaran video ayah pandai masak ketum


SHAH ALAM -
Penyebaran video seorang murid yang mengaku bapanya pandai memasak air ketum selepas menjawab soalan gurunya tidak sewajarnya berlaku.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Amiruddin Awang berkata, beliau telah melihat rakaman video yang tular di media sosial namun tidak mengetahui bagaimana punca sebenar video berkenaan boleh tular.

Menurutnya perkara itu tidak berlaku jika semua pihak sedar akan tanggungjawab dan peranan mereka.

“Saya yakin guru yang bertanyakan kepada murid berkenaan tidak ada niat tersembunyi semasa merakamkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

“Semua guru sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak murid dan pihak NUTP juga yakin bahawa jawapan murid tersebut semasa ditanya di luar jangkaan guru itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menerusi video tular berdurasi 14 saat itu menunjukkan seorang murid mengangkat tangan dan mengatakan bapanya pandai memasak air ketum selepas menjawab soalan gurunya diikuti gelak ketawa rakan sekelasnya.

Menurut Amiruddin, pihaknya meminta semua pihak bertenang dan memberi ruang kepada Kementerian Pendidikan Malaysia menjalankan siasatan.

NUTP juga menggesa guru lebih berhati-hati dalam kecanggihan teknologi supaya mengendali dan menguruskan media sosial supaya tidak melakukan perkara di luar batasan sehingga menjejaskan nama institusi perguruan.

#Sumber :  Sinar Harian  

MR :  Kadang kala cingu terlalu ghairah dan terlepas perkara yang sensetif  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan