Header Ads

ads header

Flash News

Pak Wan kecundang di tangan timb negeri - Pemilihan naib presiden Bersatu


Pemilihan Bersatu yang melibatkan kira-kira 20,000 ahli menyaksikan sekurang-kurangnya seorang menteri kabinet dan beberapa tokoh terkemuka tewas dalam perebutan jawatan kepemimpinan tertinggi parti.

Menteri Tugas-tugas Khas Mohd Redzuan Md Yusof gagal mendapat tempat salah satu daripada tiga kerusi naib presiden untuk penggal 2019-2022.

Ketua Bersatu Melaka itu tewas kepada timbalannya sendiri, Adun Paya Rumput, Mohd Rafiq Naizamohideen.

Redzuan juga gagal mengatasi cabaran dua rakan kabinet lain - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Ronald Kiandee dan Menteri Pendidikan, Radzi Jidin - yang menang dua jawatan naib presiden itu.

Pada peringkat awal pemilihan parti, Redzuan telah kalah kepada Ahli Parlimen Masjid Tanah Mas Ermieyati Samsudin bagi jawatan ketua bahagian Bersatu Masjid Tanah. Redzuan yang juga ahli parlimen Alor Gajah sebelum ini adalah ahli Majlis Tertinggi Bersatu.

Naib Presiden Bersatu yang baru dipilih, Mohd Rafiq Naizamohideen.

Dua bekas naib presiden Bersatu - Abdul Rashid Abdul Rahman dan Abdul Rashid Asari - juga gagal mempertahankan jawatan mereka dalam pertandingan yang melibatkan 17 calon.

Ketua Bersatu Johor Mazlan Bujang juga tewas dalam persaingan itu.

Sementara itu, Ketua Bersatu Negeri Sembilan Rais Yatim dan Dr Muhammad Faiz Na'aman gagal mempertahankan jawatan ahli majlis tertinggi yang disandang sebelum ini.

Di Johor, bekas menteri besar Osman Sapian dan setiausaha Bersatu negeri, Solihan Badri, kedua-duanya juga tewas dalam pertandingan mendapatkan salah satu daripada 20 kerusi Majlis Tertinggi.

Bagaimanapun, bekas menteri besar Johor, Dr Sahruddin Jamal, masuk ke dalam senarai pemenang jawatan Majlis Terttinggi Bersatu.

MR : Jawatan menetri tak menjamin kedudukan dalam parti   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan