Header Ads

ads header

Flash News

Parti baharu Tun M tiada hala tuju perjuangan kata Ahmad Faizal Azumu

KUALA NERUS: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyifatkan parti baharu yang ditubuhkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam seolah-olah tiada hala tuju dalam perjuangan, sebaliknya sekadar gerakan untuk memecah-belahkan Bersatu semata-mata.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu turut menegaskan walaupun ada dalam kalangan kepemimpinan yang mengumumkan meninggalkan parti tetapi beliau tidak akan berbuat demikian dan kekal bersama Bersatu.

Bagaimanapun, beliau mempersoalkan bagaimana parti baharu yang dikatakan tidak terikat atau menyokong Perikatan Nasional (PN) atau Pakatan Harapan (PH) itu akan melangkah dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“Saya percaya usaha itu lebih ke arah untuk menarik ahli Bersatu kepada mereka dan akhirnya adakah parti yang baharu itu akan bersama UMNO, Pas atau Parti Warisan Sabah (Warisan)? 

“Jika bersendirian dan mampu menubuhkan kerajaan, saya doakan mereka berjaya,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Bahagian Bersatu Terengganu di Hotel Raia di sini hari ini. 

Yang hadir sama dalam persidangan itu ialah Naib Presiden Bersatu, Datuk Abdul Rashid Asari; Ketua Srikandi Bersatu, Rina Mohd. Harun; Pengerusi Bersatu Terengganu, Datuk Razali Idris dan Ketua Bersatu Bahagian Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid.

Dr. Mahathir mengumumkan penubuhan parti baharu yang akan mendokong dasar Bersatu.

Ketika mengumumkan penubuhan parti itu, Dr. Mahathir menjelaskan bukan niatnya untuk menubuhkan banyak parti politik Melayu tetapi penubuhannya adalah atas semangat Melayu dan akan bersifat inklusif dan moderat, berpegang pada janji, ikhlas dan berprinsip.

Dalam pada itu, Ahmad Faizal turut menyelar dakwaan kononnya parti itu tersasar daripada objektif asal penubuhan untuk melawan sebuah kerajaan kleptokrasi.

“Kita tetap melawan mereka yang mungkar dan menentang kleptokrasi, malah saya percaya rakan dalam UMNO dan Pas juga berpegang pada pendirian sama iaitu tidak akan mengizinkan negara kita dirompak.

“Itu hanya dakwaan peribadi pihak tersebut dan secara umumnya saya tidak melihat perjuangan Bersatu tersasar,” katanya.

#Sumber : Utusan   

MR : Kang kena tumbuk!   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan