PAS terima surat PPBM mahu sertai Muafakat Nasional, kata Takiyuddin
KOTA BARU, 22 Ogos ― PAS telah menerima surat daripada Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai kesediaan Bersatu menyertai Muafakat Nasional (MN), kata Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan.
“Hari ini saya boleh mengesahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menjawab surat itu menyatakan kesediaan Bersatu menjadi anggota (baharu) di bawah MN.
“(Saya bagi pihak Presiden PAS) dah terima surat itu. Sahlah sekarang ini (penyertaan Bersatu ke dalam MN), cuma kita belum ada perbincangan (rasmi antara ketiga-tiga parti) setakat ini. Mungkin kita akan adakan mesyuarat (rasmi) bersama tiga parti (dalam masa terdekat),” katanya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) itu berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Sumbangan Skim Bantuan Pelajar Parlimen Kota Bharu di sini, hari ini
Mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada September ini, Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata MN masih belum memutuskan berapa jumlah kerusi yang akan ditandingi oleh parti komponen masing-masing pada pilhan raya itu.
Katanya MN masih mempunyai masa kira-kira dua minggu untuk memuktamadkan senarai calon dan kerusi yang akan ditandingi parti-parti komponen MN dalam pilihan raya melibatkan 73 kerusi DUN itu.
Mengulas mengenai pendaftaran Perikatan Nasional (PN), Takiyuddin berkata PN masih menunggu kelulusan pendaftarannya daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan dan PAS merupakan antara penaja kepada penubuhan parti PN.
Sementara itu, semasa ditanya mengenai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali yang tidak menjalani kuarantin wajib 14 hari di rumah selepas pulang dari Turki, Julai lepas, Takiyuddin berkata siasatan perlu dijalankan terlebih dahulu dan jika ada kes, perlu dibawa ke mahkamah.
“Itu kita serah kepada pihak berkuasa seperti Kementerian Kesihatan (untuk buat siasatan). Kalau ada laporan polis, polis yang kena siasat. (Mohd Khairuddin perlu melalui) proses undang-undang biasa walaupun (beliau) seorang menteri,” katanya.
Mengenai program skim
bantuan berkenaan, seramai 300 pelajar Tingkatan Lima dan Enam akan
menerima bantuan sebanyak RM50 sebulan bermula bulan ini hingga Januari
depan.


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
PAS belum faham, BERSATU pd UMNO spt PAN pd PAS.
BalasPadamPRU 15, ahli BERSATU serap dlm UMNO, yg tak suka boleh join PAS.