Header Ads

ads header

Flash News

Penyertaan Pas dalam PN tidak langgar Piagam MN – Annuar Musa


KUALA LUMPUR –
Penglibatan Pas dan beberapa parti lain dalam menaja penubuhan Perikatan Nasional adalah hak parti tersebut.

Malah, menurut Setiausaha Bersama Sekretariat Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa, keputusan tersebut juga tidak bercanggah dengan memorandum persefahaman atau piagam MN.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional berkata, UMNO kekal dengan pendirian tidak menjadi ahli parti baharu.

Bagaimanapun, katanya, UMNO terus bekerjasama dengan parti yang mendokong perjuangan yang selari dengan dasar perjuangan parti itu.

Annuar berkata demikian dalam ciapan di laman Twitter hari ini.

Muafakat Nasional adalah kerjasama politik UMNO dan Pas yang ditubuhkan pada Himpunan Penyatuan Ummah, 14 September tahun lalu.

Semalam, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hasan berkata, parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu akan menyertai Perikatan Nasional bersama Bersatu.

Jelas beliau, Pas merupakan antara parti penaja gabungan politik baharu yang muncul selepas perubahan politik pada hujung Februari lalu.

Sementara itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula mengulangi pendirian bahawa BN dan UMNO sama sekali tidak akan menyertai Perikatan Nasional.

Katanya, UMNO tidak pernah sama sekali mencampuri hal ehwal parti lain walaupun berada bersama Pas di dalam Muafakat Nasional.

#Sumber : – MalaysiaGazette   

MR :  Kenyataan yang bijak  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan