Header Ads

ads header

Flash News

Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda jika gubal akta lompat parti


KUALA LUMPUR:
Perkara 10(1)(c) dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan, perlu dipinda jika undang-undang berkaitan lompat parti mahu digubal.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan, berkata Perkara 10(1)(c) jelas menyatakan kebebasan individu untuk berpersatuan.

"Jika Perlembagaan Persekutuan (Perkara 10(1)(C) tak benarkan semua warganegara untuk membentuk persatuan, baru kita boleh gubal akta orang lompat parti," katanya menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau mengulas isu yang dibangkitkan Datuk Seri Nazri Aziz (BN-Padang Rengas) dalam sesi perbahasan sebelum ini yang mencadangkan supaya Akta Pilihan Raya 1958 dipinda bagi membolehkan pertandingan membabitkan parti yang bertanding, bukannya nama individu untuk mengatasi isu lompat parti.

"SPR sentiasa terbuka menerima cadangan penambahbaikan, namun cadangan ini membawa maksud menukar sistem pilihan raya yang sedang digunapakai di Malaysia.

"Oleh itu, cadangan ini memerlukan kajian lanjut oleh SPR dan memandangkan ia membabitkan pindaan kepada beberapa undang-undang bukan sahaja Akta Pilihan Raya, tetapi juga Perlembagaan Persekutuan khasnya, Perkara 47, 48, 49, 50, 51 dan 54," katanya.

Mengulas lanjut mengenai isu lompat parti, Takiyuddin turut mencabar kerajaan Pulau Pinang supaya mengosongkan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berikutan tindakan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu yang melompat parti.

Empat kerusi DUN itu membabitkan Bertam (Khaliq Mehtab Mohd Ishaq), Teluk Bahang (Zolkifly Md Lazim), Seberang Jaya (Dr Afif Bahardin) and Sungai Acheh (Zulkifli Ibrahim), semua mereka bertindak keluar PH dan menyertai Perikatan Nasional (PN).

"Dalam semua 14 negeri di Malaysia, Pulau Pinang satu-satunya negeri yang meminda perlembagaan negeri yang menyatakan mana-mana wakil rakyat yang melompat parti, perlu mengosongkan kerusi mereka.

"Jika pembangkang mahukan akta anti lompat parti ini, saya cadang supaya kerajaan Pulau Pinang mengosong empat kerusi DUN terbabit," katanya.

Tindakan itu akan membolehkan keputusan Mahkamah Agong pada 1992 dalam kes Nordin Salleh di Kelantan, membabitkan lompat parti yang tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dalam kebebasan berpersatuan, dicabar.

"Jika kerajaan Pulau Pinang mengosongkan kerusi terbabit dan ADUN berkenaan membawa kes ke mahkamah, di situ kita akan lihat sama ada keputusan dalam kes Nordin Salleh dikekalkan atau sebaliknya.

"Jika (keputusan) berubah, barulah kita boleh bercakap mengenai akta anti lompat parti ini," katanya.

Menyentuh isu pendaftaran automatik bagi pengundi berusia 18 tahun, Takiyuddin berkata, SPR sedang membuat persiapan berhubung perkara itu, selaras dengan pindaan Perkara 119(4) Perlembagaan Persekutuan yang diluluskan Parlimen sebelum ini.

Katanya, persiapan meliputi penyediaan pindaan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 dan undang-undang lain yang berkaitan, penyediaan prosedur operasi standard (SOP) dan penyediaan sistem dan infrastruktur, bagi pelaksanaan umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik.

#Sumber :  BH  

MR :  Ikut undang dan faham undang-undang  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan