Header Ads

Header ADS

Polis sahkan cucu Mahathir antara yang ditahan di pub


Polis Sahkan, Cucu Mahathir Antara Yang Di Tahan Di Sebuah Pub.

Kuala Lumpur – Polis Diraja Malaysia (PDRm) mengesahkan cucu Tun Dr Mahathir Mohamad ditahan sebuah permis hiburan di ibu kota, Sabtu lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Hj Mazlan Lazim melalui satu kenyataan malam tadi berkata selain pekerja permis seramai 29 pengujung turut di tahan kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Polis Kuala Lumpur telah terkesan isu yang ditularkan di media sosial berkaitan tangkapan anak seorang VIP yang didakwa telah melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) tetapi terlepas daripada tindakan pihak Polis.

“Pada 22 Ogos 2020, jam lebih kurang 1.20 pagi, pihak Polis telah menjalankan serbuan di sebuah pub yang terletak di Jalan Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur.

“Hasil pemeriksaan, pihak Polis telah menahan (1) lelaki India berumur 37 tahun dipercayai merupakan Pengurus Premis, (1) lelaki warganegara Bangladesh dan (3) wanita warganegara Filipina yang disyaki merupakan pekerja di premis berkenaan.

“Siasatan lanjut mendapati premis tersebut dibuka tanpa lesen perniagaan yang sah di sisi undang-undang. Selain itu, pihak Polis turut menahan (20) lelaki dan (9) wanita warganegara Malaysia yang dipercayai pengunjung premis dan telah berada di premis tersebut melebihi had masa yang dibenarkan dalam tempoh PKPP,” memetik kenyataan tersebut.

Menurut Mazlan semua pengungjung yang di tahan di kenakan kompuan sebanyak RM1,000.

“Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 bagi kesalahan pemilik premis menggaji warganegara asing dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963, Seksyen 4(1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Seksyen 76 Akta Eksais 1976 dan Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan)(no.7) 2020.

”Keempat-empat suspek warganegara asing yang berumur dalam lingkungan 33 hingga 52 tahun ditahan reman selama 14 hari bermula pada 22 Ogos 2020 sehingga 4 Sep 2020 bagi siasatan lanjut.

“Manakala, (29) orang warganegara Malaysia berumur dalam lingkungan 21 hingga 48 tahun dikenakan kompaun RM1000.00 setiap seorang,” katanya lagi.

Awal petang tadi, SuaraTV melaporkan polis menahan Meera Alyanna Mukhriz, 25 di tahan kerana melanggar PKPP.

Klik: Cucu Mahathir Di Tangkap Langgar PKPP, Mabuk

Menurut sumber, Meera yang juga merupakan anak kepada bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berada di dalam keadaan mabuk ketika di tahan.

#Sumber :    – SuaraTV

MR :    Sebelum kuat kutuk PN, kan kena sebiji


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


17 ulasan:

  1. Tauladan apa nak ditunjukkan oleh minah ni dengan puak2 dia? Progresif, liberal. easy going, happy go lucky, up yours, piss off?

    BalasPadam
  2. Tak tahu nak cakap apa dah kesian dengan Toh Puan kita doa2kan lah mereka ni kembali ke jalan Allah. Ke pada mereka ni lah Jalan Allah ?

    BalasPadam
  3. Ini semua salah Najib... Kan?

    BalasPadam
  4. Atok dan boboy tubuh PEJUANG demi mempertahankan Islam dan Melayu !Yang mabuk tu sapa ya ? hehehehe.

    BalasPadam
  5. Kalau anak cucu sendiri pun tak boleh kawal, macam mana nak kawal & jaga negara?

    BalasPadam
  6. Langgar pkpd dah denda 1000.jabatan sareah islam mcm mana pulak menjatuh maruah agama islam .

    BalasPadam
  7. Perempuan islam minum arak di khalayak orang ramai menjatuh maruah agama islam.

    BalasPadam
  8. Isunya ialah:
    1. Ditangkap ketika mabuk?
    2. Ditangkap di tempat maksiat @ PUB?
    3. Ditangkap bersama2 dgn geng maksiat?
    4. Ditangkap di premis tiada lesen sah?
    5. Anak VVIP ( anak @ cucu bekas PM 2x ,a negarawan, MB, vip parti pejuang.
    6. Agama Islam, bangsa Melayu, bukan bodoh.
    7. Baru isu langgar PKPP.

    BalasPadam
  9. Wow kuat ulas
    Nak cari glamour murah la tu PN UMNO BN PAS BERSATU

    Pejuang mandat rakyat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Parti pejuang sokong orang2 macam ni ke?

      Padam
    2. PejuWang Arak dan Judi. Mandat Rakyat apa ke jadah.

      Padam
  10. Semoga di bukakan pintu hatinya utk kembali ke jalan yg di ridhoi allah.amin.

    BalasPadam
  11. Mengaku orang Islam..tapi tak nampak pun ciri.ciri seorang muslim.. kadang.kadang kita lihat yg bukan..Islam dapat menampilkan pakaian lebih sopan dari orang Islam tu sendiri..bagai mana kita nak jadi contoh yg baik PD Non Muslim.. kalau kita seorang muslim sama jugak macam mereka yg bukan muslim..sama sama lah kita muhasabah diri kita sendiri.. semoga Allah beri jalan petunjuk sebelum Allah ambil kita kembali..

    BalasPadam
  12. Kebanyakkan media PH nak tutup isu yang sebenarnya iaitu adakah Pn Meera ni akan dihadapkan ke mahkamah syariah atas tuduhan meminum arak bukan sangat pasal langgar PKPP.

    BalasPadam
  13. Ini bukan perempuan tapi spesis betina jalang yang takde maruah langsung...bukan ciri ciri orang Islam

    BalasPadam
  14. semuanya atas tarbiah MUJAHID YUSUF RAWA...TIADA PERLU DI AMBIL TINDAKAN LGBT DAN SEKUTUNYA..HAK MEREKA. MAJLIS AGAMA SERTA PENGUATKUASA DIHARAMKAN BUAT SERBUAN SELEPAS 12 MALAM DIMANA2 PREMIS ATAS ALASAN RAHMATAN......MARINA MAHATHIR ORANG KUAT LGBT

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.