Header Ads

ads header

Flash News

Rasional Parti Baharu Mahathir dan Jerangkap samar untuk PH

Kalau kita cakap pasal rasional, memang ada rasional Mahathir tubuh parti baharu.. Antaranya

Pertama, Dr Mahathir dan 5 Ahli Parlimen lain telah DIPECAT oleh BERSATU dan mahkamah telah sahkan hari ini. Sepanjang mereka dipecat sehingga hari ini mereka Ahli Parlimen BEBAS.

Kedua, BERSATU telah membuat ketetapan akan memecat semua ahli yang terlibat dengan gerakan 'BlackOut'. Jika tak ada parti lain, ke mana mereka akan pergi? Jangkaan Ramai ahli BERSATU terlibat dengan BERSATU Blackout ini

Ketiga, dalam blok pembangkang, tak ada parti yang benar-benar memperjuangkan Melayu Bumiputera dalam perjuangan. Maka, parti ini untuk mengisi lompong berkenaan.

Maka sebab itulah Tun Dr Mahathir terpaksa menubuhkan parti baharu ini dan inilah perjuangan beliau seterusnya...

Ramai orang tertanya-tanya kenapa Dr Mahathir nak buat parti baharu? Kenapa nak pecahkan Melayu lagi? Jawapan di atas sudah jelas maka tak perlu lagi nak besarkan perkara ini.

Katanya, parti itu mungkin tidak akan menang kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan.

Bagaimanapun, jelasnya ia boleh menjadi penentu dalam menentukan blok mana yang akan menang pilihan raya akan datang.

"Bila kita bertanding, tak mungkin kita dapat cukup untuk menubuh kerajaan, tapi kita boleh menjadi satu kumpulan yang boleh menentukan siapa akan menang.

"Kalau parti kita ini kemas, kita boleh arah untuk siapa yang kita akan pilih , saya yakin kita akan main peranan penting, kerana kita akan menentukan siapa yang menang," kata Dr Mahathir

Tapi Mahathir lupa bagaimana parti yang kuat seperti PAS bertandinng di 160 kerusi parlimen dan mempunyai akar umbi yang hampir sama kuat dengan UMNO tetapi menjadi faktor runtuhnya UMNO setelah 60 tahun berkuasa kerana pertandingan 3 penjuru.

Apakah parti Baharu ini akan menarik ahli PAS?
Adakah parti baharu ini menarik ahli UMNO yang kini sudah mantap penghijarahannya?

Parti Baharu ini mungkin menarik ahli BERSATU dan PKR sahaja.

Jadi parti baharu ini adalah ancaman kepada PKR jerangkap samar untuk PH


MR : ..dan menjadi pertelingkahan dalam PH makin berpanjangan serta memberikan ruang yang baik untuk PN   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan