Header Ads

ads header

Flash News

Rasmi - BN menang PRK Slim dengan majoriti 10,945 undi, 5 kali ganda daripada PRU14


Barisan Nasional berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim dalam pilihan raya kecil hari ini dengan majoriti 5 kali ganda lebih banyak daripada kelebihan 2,183 undi pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

BN yang diwakili Mohd Zaidi Aziz meraih 13,060 undi, menewaskan 2 calon bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi dan S Santharasekaran dengan majoriti 10,945 undi.

Pegawai Pengurus PRK Slim, Shamsul Ridzuan Idris mengumumkan Amir Khusyairi yang mewakili kumpulan Dr Mahathir Mohamad hanya memperoleh 2,115 undi, manakala Santharasekaran meraih 276 undi yang menyebabkan beliau hilang depositnya.

Pengumuman itu dibuat di pusat penjumlahan undi di Majlis Daerah Tanjung Malim.

Sebanyak 327 kertas undi ditolak daripada semua 56 saluran peti undi untuk PRK Slim.

Peratusan keluar mengundi hari ini ialah 68.4% daripada 23,094 pemilih berdaftar di DUN Slim.

Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu menang di semua 13 pusat mengundi, termasuk undi pos, perbezaan besar berbanding PRU 2018 di mana ia kalah di 6 pusat mengundi.

Katanya, ia jelas rakyat memilih kepimpinan BN dan gabungan itu akan cuba sebaik mungkin pada Pilihan Raya Negeri Sabah bulan depan serta PRU15.

PRK DUN Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya, Mohd Khusairi Abdul Talib pada 15 Julai lalu akibat serangan jantung.

Khusairi menjadi Adun Slim sejak Pilihan Raya Umum ke-11 pada 2004.

Pada PRU14, beliau berjaya mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 2,183 undi, menewaskan calon PPBM yang bertanding atas tiket PKR, Mohd Amran Ibrahim dan calon PAS, Muhammad Zulfadli Zainal.

PRK DUN Slim ialah PRK ke-2 yang diadakan dalam normal baru susulan penularan Covid-19 selepas PRK DUN Chini bulan lalu.

Parti Pejuang yang baru ditubuhkan nasib baik tidak kehilangan wang deposit apabila calonnya Amir Kyushairi tewas pada PRK Slim.

Parti itu memperoleh 13.69 peratus undi, melebihi 12.5 peratus yang diperlukan bagi mendapatkan semula wang deposit pilihan raya.

Sementara itu, calon bebas S Santharasekaran hanya memperoleh 1.79 peratus undi dan hilang wang deposit sebanyak RM5,000.

MR :  Boleh tutup buku untuk Pejuang dan PH   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Tun Mahathir semakin dipinggirkan. From Hero to Zero.
    Itulah jadinya orang yang sombong dan bongkak.

    BalasPadam