Header Ads

Header ADS

RUU Perbekalan - 111 sokong, 106 tolak, 5 tak hadir


Rang Undang-Undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan runtukan Belanja Yang Diperuntukkan) 2020 berjaya diluluskan di peringkat dasar dengan sokongan 111 anggota parlimen.

Terdapat lima anggota parlimen yang tidak hadir manakala 106 wakil rakyat yang lain memilih untuk menentang rang undang-undang tersebut.

Lima anggota parlimen yang tidak hadir adalah Maximus Ongkili (PBS - Kota Marudu), Tengku Razaleigh Hamzah (Umno - Gua Musang), Wilfred Madius Tangau (Upko - Tuaran), Shafie Apdal (Warisan - Semporna) dan Christina Liew (PH - Tawau)

Terdapat 222 anggota parlimen dan undian menunjukkan separuh daripada anggota Dewan Rakyat yang memilih untuk menyokong RUU tersebut.

RUU tu bertujuan menguntukkan semula sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan bagi perkhidmatan untuk sebahagian daripada tahun 2020 dan bagi memperuntukkan jumlah wang tersebut untuk maksud-maksud yang tertentu bagi bahagian tahun itu.

Menurut RUU itu, berikutan pembentukan kabinet baharu pada 10 Mac 2020, beberapa kementerian telah disusun dan dinamakan semula, selain penubuhan beberapa kementerian baharu dan satu kementerian dibubarkan dengan fungsi-fungsinya dipindahkan kepada kementerian-kementerian lain.


Dr Mahathir Mohamad (Bebas-Langkawi) ketika membahaskan rang undang-undang itu meminta Dewan Rakyat menolak RUU berkenaan atas faktor kewangan negara.

Katanya, mengambil kira situasi ekonomi dan pendapatan negara kini yang terjejas akibat Covid-19, kerajaan tidak seharusnya menambahkan lagi perbelanjaan negara.

Menurut bekas perdana menteri itu, tindakan kerajaan menambah bilangan ahli kabinet dan membentuk kementerian baru dilakukan tanpa mengambil kira kemampuan kewangan semasa kerajaan.

“Ketika pendapatan berkurangan, (kerajaan) tambah menteri sehingga lebih 30 (orang) dan ada pula menteri istimewa yang menjadi menteri kanan dan menteri yang ditugas untuk menjaga perhubungan dengan negara timur tengah.

“Mereka ini diberi taraf menteri bermakna mereka akan dibayar gaji menteri dengan segala kemudahan diberikan kepada mereka. (Perbelanjaan) Ini akan mengurangkan keupayaan negara untuk mengurus tindakan kerajaan bagi melawan Covid-19 ini,” katanya.


MR : Kedudukan masih 112 - 110   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Bukan 112-110 tp 113-109. Ku Li ngan Maximus org PN.

    BalasPadam
  2. Mahathir dah mp ph menentang bukan kerana faktor kewangan negara. Tetapi kerana mahathir dan ph pembangkang yg kerja mereka hanya membangkang ,,sedangkan semasa menjadi kerajaan pun, mereka masih terbawa2 dgn sifat suka membangkang. Ph,, pakatan haprak.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.