Header Ads

Header ADS

Satu lagi kluster baharu dikesan di Kedah


KLUSTER baharu Covid-19 dikesan di Kedah dengan dua kes positif dan 117 lagi sedang menunggu keputusan ujian, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. 

Kluster Muda itu melibatkan kawasan daerah Kuala Muda.

Noor Hisham berkata satu kes dilaporkan hari ini dari kluster berkenaan selain satu lagi yang dikesan awal minggu ini. 

Beliau berkata kes indeks kluster ini melibatkan lelaki warga tempatan yang merupakan anggota polis (kes 9,114) dan kes baharu yang dikesan merupakan rakan sekerjanya (kes 9,147). 

“Susulan itu, aktiviti pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat telah dijalankan pada 13 Ogos 2020 dan kes dikesan positif pada 14 Ogos 2020. Sehingga 14 Ogos 2020, 124 kontak rapat beliau telah disaring,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham juga berkata setakat 14 Ogos, 124 kontak rapat telah disaring. 

Daripada jumlah itu, dua kes dikesan positif, lima negatif dan 117 masih menunggu keputusan. 

Katanya punca kangkitan masih disiasat dan semua yang terlibat adalah warga Malaysia. 

Sementara itu mengenai kluster Tawar, Noor Hisham berkata 11 kes dilaporkan daripada kluster itu hari ini – 10 di Kedah dan satu di Pulau Pinang. 

Menurutnya, setakat tengah hari ini, 261 orang menjalani ujian saringan di bawah klusteri ini di kedua-dua negeri. 

Di Kedah, 156 menjalani ujian, 20 daripadanya dijangkiti Covid-19, 77 negatif manakala 59 lagi masih menunggu keputusan. 

Di Pulau Pinang, 105 orang menjalani ujian saringan, seorang disahkan positif, 75 negatif dan 29 masih menunggu keputusan. 
 
Malaysia hari ini melaporkan 20 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan 9,149. Tujuh kes pulih direkodkan menjadikan jumlah kes pulih keseluruhan 8,828. 

Tiada kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kekal 125. – 14 Ogos, 2020.


 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.