Header Ads

ads header

Flash News

Tak perlu lagi bawa sejadah 1 September ini


Kerajaan memutuskan umat Islam yang ingin bersembahyang di masjid tidak lagi perlu membawa sejadah dari rumah dan warga asing tidak akan lagi dilarang untuk menyertainya, menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Dia berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas menteri-menteri mengenai pelaksanaan PKP hari ini.

"Setelah mendengar rayuan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Zulkifli Mohamad dan atas nasihat Kementerian Kesihatan, mesyuarat khas hari inii setuju untuk tidak mewajibkan penggunaan sejadah di masjid.

"Mesyuarat juga setuju untuk membenarkan warga asing menjalankan ibadah solat jemaah di masjid bermula 1 September ini," katanya ketika sidang media di Putrajaya, hari ini.

Bagaimanapun Ismial berkata penggunaan sejadah sendiri digalakkan dan pemakain pelitup muka masih diwajibkan.

Dia juga berkata jemaah masih perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan