Header Ads

Header ADS

Takiyuddin bacakan surat campur tangan Tun M, Guan Eng dalam kes taikun hartanah


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan, mendakwa ada salinan surat menunjukkan campur tangan Tun Dr Mahathir Mohamad, Lim Guan Eng dan dan bekas peguam negara yang mengarahkan pembatalan pembekuan aset taikun hartanah, Tan Sri Lim Soon Peng berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Perkara itu didedahkan Takiyuddin ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Takiyuddin mendedahkan beberapa salinan surat membabitkan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas menteri kewangan, Guan Eng dan bekas peguam negara, Tan Sri Tommy Thomas kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun 2018 dan tahun lalu.

"Saya nak sebut satu kes, Tan Sri Lim Soon Peng, dia terbabit dalam penggubahan wang haram daripada 1MDB sebanyak RM4 juta tetapi apabila dia dihadapkan oleh SPRM, beliau meminta peguamnya membuat surat representasi kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 20 Oktober 2018 semasa pemerintahan Pakatan Harapan (PH).

"Apa yang berlaku, surat daripada peguam ini diminitkan oleh Perdana Menteri ketujuh (Tun Dr Mahathir Mohamad) pada masa itu. Minit itu berbunyi, 'saya berpendapat, penyelewengan oleh mantan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) tidak boleh disalahkan (kepada) Tan Sri Lim (Soon Peng).

"Oleh itu pembekuan akuan peribadinya atau syarikatnya tidak boleh dikekalkan'. Ditandatangani, 5 Disember 2018, siap dengan cop perdana menteri," katanya.

Beliau berkata, surat itu kemudiannya diminitkan sekali lagi oleh Guan Eng bertarikh 19 Februari 2019 yang meminta supaya SPRM segera menarik semula arahan pembekuan terbabit seperti yang diminta oleh perdana menteri.

Susulan daripada surat itu, katanya, Tommy kemudian membalas surat kepada Guan Eng bertarikh 31 Mei 2019 memaklumkan mengenai status pembekuan akaun ahli perniagaan terbabit dan arahan beliau kepada SPRM.

"Tak pernah berlaku dalam sejarah malah saya percaya surat representasi Yang Berhormat Sepang (Mohamed Hanipa Maidin) tidak pernah diminitkan sebegini," katanya.

Pendedahan itu menyebabkan beberapa Ahli Parlimen pembangkang termasuk Mohamed Hanipa (AMANAH-Sepang) dan Kasthuriraani Patto (DAP-Batu Kawan) mempertikaikan perkara itu.

"Yang Berhormat Menteri, janganlah cuba misleading (mengelirukan) dewan. Tolonglah, ini misleading ...," kata Mohamed Hanipa.

"Ini Yang Berhormat Menteri jawab soalan yang mana satu. Tidak ada pun soalan," kata Kasthuriraani pula.

https://www.bharian.com.my/…/takiyuddin-bacakan-surat-campu…

NAJIB RAZAK

#Sumber : Facebook   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


8 ulasan:

  1. 22 bulan mendapat mandat bermacam macam onar telah dilakukan oleh pakatan hancing,itu belum pun lagi mandat 60 tahun....itulah wajah sebenar pakatan hancing yang sembang kari isu rasuah,kleptokrasi kepada pihak lawan tapi dalam waktu yang sama mereka mengkhianati mandat rakyat, tapi mujurlah hayat mandat pakatan hancing pendek umur sebelum melakukan kerosakan kerosakan seterusnya. pakatan hancing ibarat dajal politik yang mejanjikan fatamorgana.....akhirnya rakyat tertipu dengan harapan palsu

    BalasPadam
  2. Taki reka cerita dan surat paΔΊsu...nak sesatkan rakyat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Unknown 11 Ogos 2020 10:12 PG kamu lagi sesat dan menyesatkan.

      Padam
    2. Biasalah kata-kata Parti Hancing Pakatan babi. Bila kena kat diri sendiri dikatanya palsu. Tapi bila kena kat orang lain dikatakan macam-macam.

      Padam
  3. Saya berharap sangat isu ini akan disusuli dengan tindakan undang2. Peguam negara yg baharu mesti tunjukkan integriti,,jd contoh, khasnya kpd institusi kehakiman dan lain2 institusi amnya. Dakwa saja pelakon2 insan suci,,yg zikir harian hanya mendajalkan pas dan umno dan dsn,tetapi hakikatnya mereka penyangak politik paling jahat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Allah, kau kembalikalah harta rakyat Malaysia yang di rompak oleh PH dan Tun M kepada kerajaan dan rakyat Malaysia. Kau hapuskan lah Pakatan Harapan yang banyak memberi masalah kepada negara kita.

      Padam
  4. Kalau D4P, semua fitnah, rekaan palsu, etc. Ini mesti RBAbi parti rasis D4P.

    BalasPadam
  5. Seperti yang telah diduga, selepas Lim Guan Eng, Tun M akan masuk penjara atas salah guna kuasa. Undang-undang tak mengenal umur.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.