Header Ads

ads header

Flash News

Tauke Ah Long...

Dulu pernah satu kali saya bekerja dengan syarikat X

Director syarikat tersebut mengalami masalah kewangan yang teruk sehinggakan dia terpaksa berhutang dengan satu Ah Long.

Ah Long ni pun hebat tuan-tuan. Pembayaran balik bukan dalam bentuk wang. Tapi sistem barter.

Bagaimana?

Ah Long ini terlibat dalam satu projek pembangunan beberapa biji banglo. Dia perlukan designer. Yup, di sinilah mereka cuci wang.

Maka syarikat X dimana saya bekerja itu membekalkan semua kerja-kerja design secara percuma kepada Ah Long tersebut, sebagai pembayaran balik peminjaman wang, termasuk brochure untuk pemasaran, disinilah kepakaran saya sebagai 3D visualizer diperlukan director X, dan kerana itulah saya diambil beliau bekerja beberapa bulan sebelum itu,

Selama 8 bulan saya bekerja di syarikat X itu, akhirnya siaplah semua kerja-kerja design, termasuk drawing dan 3D.

Director X kemudian meminta saya mencetak 3 set drawing, 3d dan brochure pemasaran. Satu untuk pejabat, dan dua lagi untuk ahlong tersebut.

Dia kemudian membawa saya bersama bertemu dengan Ah Long menaiki mercedes dua pintu.

Tak salah saya lokasi pejabat Ah Long itu adalah di Cheras. Di deretan rumah kedai, entrance di dalam adalah kedai telefon bimbit. Kemudian saya tidak menyangka ada satu pintu rahsia. Pintu itu bila dibuka, ia merupakan lif!

Saya bingung, nampak di luar macam dua/tiga tingkat sahaja, bagaimana ada lif?

Saya rasa lif tersebut bukan bergerak ke atas, tapi seperti bergerak ke bawah, mungkin ia adalah basement?

Bila pintu lif dibuka, berjumpalah dengan dua boss Ah Long tersebut.

Interior dalam pejabat mereka itu seperti dalam filem mafia.

Director saya kemudian memperkenalkan saya kepada mereka, untuk bragging, lalu melakukan presentasi.

"This guy i found him few months back. He is very good, more than 12 years experience bla bla bla"

Semua mereka kemudian bergelak ketawa. Saya di sana hanya seperti tunggul sahaja, tiada pun ruang diberikan oleh director saya untuk melakukan presentation kerja-kerja saya. Mungkin itu tidak lagi penting, kerana dia hanya mahu menghantar kerja-kerja design tersebut sebagai pembayaran hutang.

Setelah selesai semuanya, di dalam kereta Director itu memberi pesan kepada saya "dont tell anyone in the office about what happened ok?"

Saya mengangguk.

Muhamad Harris Nasril

PS: Ah long seorang cina, director X seorang india, dan saya melayu. 1 Malaysia. AHHAHAH



#Sumber : Facebook   

MR :  PH sebelum ini pun ALONG  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan