Header Ads

ads header

Flash News

Toshiba tutup Perniagaan Komputer Riba Sepenuhnya

Toshiba minggu lalu telah secara rasmi keluar dari perniagaan komputer riba. Baki  19.9% pegangan saham di dalam perniagaan komputer Dynabook kini dijual sepenuhnya kepada Sharp. Pada tahun 2018, Toshiba menjual 80.1% saham perniagaan komputer mereka kepada Sharp.

Ini menandakan berakhirnya penglibatan Toshiba dalam penghasilan komputer riba yang dihasilkan sejak 1985. Pernah suatu ketika Toshiba ialah antara lima  syarikat dengan pegangan terbesar pasaran komputer dunia. Selepas perniagaan komputer mereka diambil alih oleh Sharp, komputer riba mereka dijenamakan semula sebagai Dynabook.

Sumber Rujukan: Toshiba

#Sumber : Amanz    

 









............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan