Header Ads

ads header

Flash News

YDP Sabah perlu ikut teladan Agong, kata Kitingan

PETALING JAYA: Pemimpin pembangkang Sabah, Jeffrey Kitingan berkata Yang di-Pertua Sabah, Juhar Mahiruddin perlu membenarkan bekas ketua menteri Musa Aman dan 32 Adun yang bersepakat dengannya datang menghadap sebelum bersetuju membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Kitingan dalam kenyataan berkata Juhar seharusnya mengikuti teladan Yang di-Pertuan Agong, iaitu menemubual wakil rakyat bagi menyelesaikan krisis politik.

Beliau juga mempertikaikan kenyataan setiausaha sulit Juhar, Abinan Asli, mengatakan ia “tidak benar”.

Semalam, Abinan berkata Juhar tidak pernah menerima 33 akuan bersumpah dari Adun sebelum bersetuju membubarkan DUN pada 30 Julai.

Abinan juga berkata Istana Negeri tidak pernah menerima permintaan rasmi atau tidak rasmi dari Musa untuk bertemu Juhar.

Kitingan, yang juga ahli Parlimen Tambunan itu, berkata Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin dan setiausaha politik perdana menteri bertemu Juhar pada 29 Julai, memaklumkan kepadanya Musa bersedia untuk mengemukakan 33 akuan berkanun yang membuktikan beliau mendapat sokongan majoriti di DUN.

“Adakah mereka juga ingat orang akan percaya pertemuan itu tidak berlangsung?” tanya beliau, dan menambah Istana Negeri pasti sedar Musa mengadakan sidang media pada 29 Julai untuk mengumumkan beliau mendapat sokongan majoriti.

Kitingan mendakwa Istana Negeri menyebut pada malam 29 Julai bahawa sudah terlambat untuk menghadap dan mencadangkan kepada Osman Jamal, wakil para ADUN, untuk mengemukakan SD pada hari berikutnya.

Mereka mematuhi permintaan itu dan Osman pergi ke Istana Negeri pada 9 pagi seperti yang dijadualkan untuk menyampaikan SD secara rasmi.

“Adakah secara kebetulan Shafie bertemu YDPN dan meminta pembubaran beberapa minit sebelum Osman, yang mewakili 33 orang itu, menyerahkan akuan asal?

“Saya terpaksa memberikan kronologi peristiwa antara 29 dan 30 Julai yang membawa kepada pembubaran kerana kebenaran dan keadilan mesti ditegakkan,” katanya.

#Sumber : FMT   

MR : Itu salah cara penyelesaian..   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan