Header Ads

ads header

Flash News

2 bekas Adun PKR di Kedah sertai Bersatu

Dua Adun yang membawa kepada keruntuhan pentadbiran PH di Kedah telah menyertai Bersatu.

Adun Lunas Azman Nasrudin dan Adun Sidam Dr Robert Ling Kui Ee pada Mac lalu keluar PKR untuk menjadi Adun Bebas yang menyokong Perikatan Nasional (PN).

Mereka berkata penyertaan ke dalam Bersatu sebagai mengikut jejak langkah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Azmin Ali.

"Saya dan Robert secara sahnya adalah Adun daripada Bersatu," kata Azman seperti dipetik Astro Awani hari ini.

"Kami daripada PKN (Penggerak Komuniti Negara) bersedia menerima arahan daripada (Presiden Bersatu) Muhyiddin Yassin dan (Pengerusi Bersatu Kedah) Suhaim Abdullah," katanya lagi.

Azmin menyertai Bersatu secara rasmi pada 22 Ogos lalu.

Dia mengetuai sembilan anggota Parlimen untuk keluar PKR pada Februari lalu, dan bersama-sama Muhyiddin yang membawa Bersatu keluar daripada PH, membawa kepada perubahan kerajaan persekutuan.

Perkara itu membawa kepada perubahan pentadbiran di beberapa negeri, iaitu Johor, Melaka, Perak dan Kedah.


MR :   Bersatu mencari kekuatan 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan