Header Ads

Header ADS

545 ahli Amanah keluar parti, sertai Bersatu


Seramai 545 ahli Amanah Kota Raja hari ini umum keluar parti berkuat kuasa serta merta dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), menyatakan tertarik dengan kepimpinan Presiden Bersatu yang juga Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Borang keahlian itu diserahkan wakil kumpulan berkenaan yang juga bekas Naib Pengerusi 3 Amanah Kota Raja, Jaafar Samsuddin kepada Pengerusi Badan Pimpinan Bersatu Selangor Datuk Abdul Rashid Asari.

Menurut Jaafar, antara faktor membuatkan mereka tertarik menyertai Bersatu adalah sifat kesederhanaan dan kepimpinan ditonjolkan Muhyiddin selain keupayaannya menjaga kebajikan rakyat tatkala penularan pandemik COVID-19 ketika ini.

“Kita lihat, (kepimpinan) Amanah tidak memainkan peranan penting dalam membela rakyat, aspek penjagaan kawasan dan keprihatinan kepada ahli. Ahli parti rasa tidak terbela walaupun sekian lama bekerja untuk parti.

“Disebabkan itu kami memilih untuk bersama Bersatu dan Perikatan Nasional yang wadah perjuangannya untuk membangun serta membela rakyat. Sebagai anak jati Kota Raja, diharapkan parti ini dapat membawa perubahan di kawasan kami,” katanya yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Amanah Negeri Selangor pada sidang media di Shah Alam, hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Rashid menafikan dakwaan kira-kira 3,000 ahli Bersatu Selangor telah keluar parti kerana pihaknya hanya mengesan 122 ahli saja yang meninggalkan parti berkenaan setakat ini.

Katanya, jumlah ahli yang keluar parti itu turut melibatkan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) daripada Bersatu bagi kawasan Kuang, Jeram dan Batang Kali untuk menyertai Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) diasaskan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata jumlah ahli Bersatu di Selangor setakat ini sudah melebihi 50,000 orang dengan 5,000 daripadanya terdiri dalam kalangan bukan Melayu.

#Sumber :  - Bernama  

MR :  Tak lama lagi berkuburlah AMANAH  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Kerja asyik nak cover line DAP sahaja mana larat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mereka2 ni bkn kerja nk cover dap,tp dh suka jd penkhianat sbb bila ikut menteri2 pengkhianat mcm2 dapat.hahaha

      Padam
  2. Akar umbi umno rata2 tolak kerjasama dgn bersatu.. Tp pas join PN.. Skrg Geng2 amanah join bersatu.. Xlama lg pas kena kencing dgn puak2 ni.. Cukuplah pas dgn umno dlm muafakat.. Semua melayu yg cintakan Agama suka

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.