Header Ads

ads header

Flash News

Amal Malaysia, Shah Alam langgar kawasan bantu bekal air bersih


BANDAR BUKIT RAJA, 6 September 2020 –
Setelah semalam bertungkus lumus membantu membekalkan air bersih di sekitar Shah Alam, hari ini Jabatan Amal Malaysia, Shah Alam turun membantu penduduk di flat Bandar Bukit Raja, Klang pula. Ini susulan 80 peratus perbekalan air di kawasan Shah Alam sudahpun pulih.

Operasi Misi Bantuan hari ini diketuai oleh Komandan Amal Shah Alam, Sdr Qamarul Naim setelah menerima aduan penduduk sekitar termasuklah daripada sahabat PAS Bandar Bukit Raja, Tuan Hj Fadzil kerana mereka keputusan bekalan air bersih sejak empat hari lepas.

Bantuan bekalan air tersebut tiba sekitar jam 10.00 pagi dan dihulurkan kepada penduduk tanpa mengenal agama dan warna kulit. Rata-rata penduduk di flat tersebut melahirkan rasa bersyukur dan berterima kasih dengan kehadiran tenaga bantuan tersebut. Mengikut jadual dikeluarkan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, bekalan air di seluruh Bandar Bukit Raja dijangka pulih pada esok hari.


#Sumber :  http://shahalamku.com  

MR :  Thaniah  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan