Anifah kalah di Bongawan
KUALA LUMPUR: Beberapa nama besar tewas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Setakat jam 10 malam tadi, Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Seri Anifah Aman tewas kepada calon Parti Warisan Sabah (WARISAN), Daud Yusof di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan.
Bekas Menteri Luar itu tewas dalam pertandingan empat penjuru apabila memperoleh 3,598 undi, berbanding Daud yang meraih 5,400 undi.
Sementara itu, keputusan tidak rasmi menunjukkan Presiden UPKO, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, tewas kepada Ketua Penerangan Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Joniston Bangkuai bagi DUN Kiulu.
UPKO yang bertanding di 12 kerusi, mewakili Parti Warisan Sabah (WARISAN) Plus, manakala PCS bertanding di semua 73 kerusi
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan