Header Ads

ads header

Flash News

Anwar lakukan kesilapan besar


ALOR SETAR -
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melakukan kesilapan besar dalam karier politiknya apabila mengumumkan sudah memperoleh sokongan majoriti ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan Persekutuan baharu.

Pensyarah Kanan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa (COLGIS) daripada Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, Anwar membuat percaturan terbesar ketika nama beliau sudah terpinggir daripada senarai calon Perdana Menteri.

Menurutnya, risiko tindakan Anwar itu amat besar terutama apabila dinafikan banyak pihak yang dikaitkan dengan komplot berkenaan sedangkan sehingga kini ia belum menjadi kenyataan.

“Sehingga kini tiada pertukaran kerajaan, sudah tentu kewibawaan Anwar dan PKR merudum dan sukar dipulihkan kembali.

“Pada masa sama, jika pengumuman itu tidak menjadi kenyataan sekalipun, ia tetap beri impak kepada perkembangan politik negara. Antaranya mencetuskan kecurigaan dalam kalangan kerajaan Perikatan Nasional (PN) terhadap kesetiaan ahli Parlimen UMNO dan BN,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Kamarul Zaman berkata, Anwar sebenarnya telah melakukan 10 kesilapan menerusi Langkah Le Meridien pada Rabu lalu.

“Kesilapan pertama beliau adalah terlalu yakin ketika mengumumkan kerajaan pimpinan Muhyiddin telah tumbang, sedangkan pengumuman seumpama sepatutnya dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong setelah melalui proses perlembagaan yang diperuntukkan,” katanya.

Menurutnya, keyakinan Anwar mengumumkan beliau mempunyai majoriti kukuh dan hampir dua pertiga sokongan di Parlimen tanpa memberikan bukti juga sukar diterima banyak pihak.

“Malah Anwar begitu yakin mengumumkan beliau akan membentuk kerajaan baharu tanpa mengambil kira kuasa Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pembubaran Parlimen.

“Kesilapan lain termasuk mengumumkan ahli-ahli Parlimen bersama beliau sedangkan keputusan itu tidak dirunding atau diputuskan dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH),” katanya.

Kamarul Zaman berkata, dengan yakinnya Anwar mengumumkan beliau mendapat sokongan Ahli Parlimen BN tanpa memberikan senarai nama individu terlibat, mencetuskan keraguan apabila dinafikan individu terlibat.

“Beliau juga silap percaturan apabila mengumumkan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) tiada bersama beliau dalam kerajaan baharu, sedangkan Dr Mahathir dan pemimpin Pejuang mungkin mampu mempengaruhi ahli-ahli Parlimen lain untuk menolak pembentukan kerajaan baharu itu,” katanya.

Anwar yakin dapat sokongan menjadi Perdana Menteri. -Foto Bernama

Anwar yakin dapat sokongan menjadi Perdana Menteri. -Foto Bernama

Menurutnya, kesilapan lain ialah Anwar membuat andaian Yang di-Pertuan Agong akan menerima perancangan beliau.

Ini kerana, katanya, berdasarkan titah pada pembukaan Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 lalu, Seri Paduka Baginda mengingatkan pemimpin politik tidak mengheret negara sekali lagi ke kancah politik tidak menentu ketika rakyat berhadapan pelbagai masalah akibat pandemik Covid-19.

“Anwar kelihatan yakin rakan-rakan lama PH dan rakan baharu yang menyertai beliau boleh menerima antara satu sama lain, sedangkan banyak petanda menunjukkan sebaliknya.

“Anwar turut yakin tiada perubahan boleh berlaku antara tarikh beliau umumkan pembentukan kerajaan baharu dengan tarikh menghadap Yang di-Pertuan Agong dengan tarikh Seri Paduka Baginda menemu duga semua ahli Parlimen, sedangkan banyak perubahan boleh berlaku,” katanya.

Tambah Kamarul Zaman, Anwar juga melakukan kesilapan apabila mengumumkan sendiri kenaikan diri beliau dan rancangan pembentukan kerajaan baharu, sedangkan ia lebih wajar dilakukan bersama rakan PH.

Pada Rabu lalu, Anwar mengadakan sidang akhbar khas mendakwa beliau mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan Persekutuan yang baharu.

Malah, Ahli Parlimen Port Dickson itu turut menegaskan bahawa majoriti diperoleh adalah konklusif dan bukannya majoriti tipis.

#Sumber : SH   

  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


13 ulasan:

  1. inilah tahap orang gila kuasa sejak memasuki arena politik bermula 1986,tak sabar akhirnya memakan diri sendiri. dia harus bersabar dan mengemaskan diri dan membena kekuatan diri dan dalaman bukan cara memantas untuk menaikan diri yang dilakukan ketika itu. akibat kerakusan kuasa terbawa2 hingga ke saat ni. ingatlah robohnya kerajaan sendiri bukan semua akibat orang lain tapi akibat diri sendiri yang tak sabar dan rakus kuasa dengan mengguna cara cantas iaitu dengan cara memaksa dan mengugut dan mendesak bersama2 kuncunya atau rakan sekutu politiknya terhadap PMnya sendiri. adakah ini mencerminkan seorang mempunyai politik matang dan bertrampilan untuk memimpin negara. lihatlah cermin dan tanyalah siapakah diri ku ke sebenar

    BalasPadam
  2. Rakyat sudah banyak kalu dikencing hancing oleh puak Pee H pimpinan sifu gonna end maka jangan salahkan rakyat jika rakyat enggan dikencing lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pembetulan:

      Rakyat sudah banyak kali dikencing hancing oleh puak Pee H pimpinan sifu gonna end maka jangan salahkan rakyat jika rakyat enggan dikencing lagi.

      Padam
    2. Anwar dah gila, gila kuasa adalah bapak segala gila di dunia

      Padam
  3. Hanya orang bodoh sahaja percaya kepada pemimpin mengkarung liberal yang selalu bertukar warna mengikut warna persekitaran dan pandai main wayang opera roket di hadapan rakyat.

    BalasPadam
  4. Serah pd allah swt .allah yg menentukan nasib seseorang.

    BalasPadam
  5. DSAI. Jgn syok sendiri.DAP adalah penyokong kuat beliau tapi DAP merajuk kerana mereka TDK dihormati.Dan DSAI gagal disebabkan DAP lari dari menyokong kPH kerana DSAI memusuhi Tun M.Lambat lagi rasanya DSAI utk mencapai cita citanya selagi Tun bernafas sebab Tun Takut DSAI "pindahkan " Tun ke Sg Buloh.

    BalasPadam
  6. "I got the numbers!" dgn muka-mukanya sekali.
    Samalah macam dahulu. Kata harga minyak turun bila PH perintah. Dengan muka-mukanya sekali dia berkata.
    Wah penipu besar

    BalasPadam
  7. Jgn memandang rendah kepada Anwar.sejak 1998 beliau dipinggirkan.. hampir 22 tahun.. tapi namanya masih gah dan sgt ditakuti lawan.. diperdaya Mahathir tapi beliau tetap membuang dendamnya ketika Mahathir melutut meminta bantuan menjatuhkan raja rasuah Najib... kata2nya dan tindakan2nya membuat ahli politik lawan meroyan dan melompat.. rakyat yg dimomok dgn Anwar label liberal oleh Mahathir juga meroyan dan melompat kerana takutkannya.. kalau dia sudah tiada pengaruh puak2 ni dah tak melompat dah.. huhu.. tidak mustahil jika dia mencampak DAP dan bekerjasama dgn UMNO , Warisan , Sabah dan Sarawak membentuk kerajaan.. masa itu apakah pendirian kita kerana DAP sudah tiada? adakah puak2 yg membenci DAP secara buta kayu ini dapat menerima? Adakah melayu2 yg takut melayunya hilang akan menyokong? Dalam politik segala berkemungkinan.. mungkin rakyat sedang bergembira dgn Muhyidin tapi rakyat tidak sedar Azmin dan kartel pengkianat sedang menjalankan misi utk menggantikan Muhyidin dan membunuh UMNO.. perlu diingat Azmin adalah proksi Mahathir dalam Besatu kini.. semua tindakannya adalah restu dari Mahathir.. Anwar tidak silap..Mahathir terpaksa membuka temberangnya kononnya Anwar akan jadi PM kalau cukup sokongan.. tiba2 bila Anwar cakap sokongan dia tak langsung menyarakan bantuan.. dan sibuk mengatakan Shafie Afdal masih calon PM walaupin jelas Warisan kalah di Sabah.. akhirnya ini akan membuka mata Warisan , Amanah dan DAP bahawa Mahathir adalah penipu terbesar.. begitu licik Anwar memerangkap dan mengenakan Mahathir.. langkah pertama telah selesai.. Mahathir perlu dihapuskan dulu dari mengganggu PH.. baru yg lain2 boleh diatur dan disusun..

    BalasPadam
  8. Pemimpin-pemimpin lama sudah lama meninggalkan atuk liberal mata satu kerana mereka tidak tahan dikencing berulang kali oleh atuk liberal mata satu.

    BalasPadam
  9. maka... berkuburlah PKR di tangan Anwar Ibrahim sendiri.

    BalasPadam
  10. Haha.. Atu mata satu? Tak baik kata dia DAJJAL.. Doshe oooiii

    BalasPadam