Header Ads

ads header

Flash News

Anwar sengaja mahu pengaruh pengundi di Sabah


KOTA BHARU -
Pengumuman Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu merupakan usaha dangkal untuk mempengaruhi pengundi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, ia juga satu strategi politik murahan pimpinan Pakatan Harapan (PH) memandangkan kejutan Anwar itu dibuat ketika kempen PRN Sabah berbaki tiga hari lagi.

Beliau berkata, PH terpaksa membuat kenyataan sebegitu supaya pengundi Sabah memberikan undi kepada Parti Warisan Sabah (Warisan) ketika mana 'mood' rakyat begitu tinggi untuk memastikan kerajaan negeri dibentuk nanti adalah kerajaan yang bersama dengan kerajaan Persekutuan demi untuk kebaikan rakyat Sabah.

“Ia satu strategi sangat dangkal dan mudah dibaca yang sudah tentu tidak akan mempengaruhi pengundi Sabah, apatah lagi kenyataan ini dibuat oleh Anwar yang sudah beberapa kali membuat kenyataan yang tidak tertunai seperti Langkah Kajang, September 16 dan sebagainya.

“Dakwaan beliau mendapat sokongan kuat majoriti ahli Parlimen Melayu dan Bumiputera untuk menyokong PH adalah satu dakwaan palsu kerana pimpinan Melayu dan Bumiputera amat sedar dan mengenali PH yang telah diberi peluang mentadbir negara selama 22 bulan itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Che Abdullah yang juga Ahli Parlimen Tumpat berkata, rakyat juga sudah mengenali PH secara dekat dengan pengalaman 22 bulan itu.

“Seruan saya kepada rakyat Sabah ialah teruskan usaha untuk mengembalikan kerajaan negeri yang bersama dengan kerajaan Persekutuan melalui pilihan raya Sabtu ini,” katanya.

#Sumber : SH   



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Wahai umat Islam, apabila kepala bapak liberal lidah biawak membawa sesuatu berita kepada anda, anda tolaklah berita tersebut dan tidak perlu siasat berita tersebut kerana kandungan berita itu adalah air kencing yang sangat hancing sahaja. Cukup-cukuplah dikencing selama 22 bulan.

    Ingatlah pesanan filem 3 Abdul:

    "Kamu kan tahu yang dia tu penipu, muka dia pun muka penipu.. yang kamu berdua yang bijak pandai yang boleh kena tipu ni pasal apa"

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang 60 tahun kita kena tipu tu tak payah kira ker? PAS dah terdesak sangat nak jadi kerajaan sebab tu sanggup bodek membuta tuli aje. Harap ilmu agama aje tinggi tapi..... Bertaubat lah wahai PAS.

      Padam
    2. RBA ternakan Dajjal Action Party cuba menfitnah dan memburuk-burukkan kerajaan 60 tahun tetapi Kita semua tahu kerajaan tersebut telah berjaya memajukan ekonomi negara dan meningkatkan taraf hidup bumiputera termasuk kaum Melayu dalam tempoh tersebut.

      Sebaliknya KERA jaan Pee H telah berjaya melingkupkan ekonomi negara, menjual aset negara dan aset tabung umat Islam dan menghina Islam dan menafikan hak umat Islam dalam tempoh 22 bulan sahaja.

      Kerajaan PN adalah jauh lebih baik dari KERA jaan Pee H kerana kerajaan PN berusaha menjaga kebajikan rakyat dan berjaya mengawal wabak covid-19.

      Kita masih ingat lagi KERA jaan Pee H membenarkan rakyat china Komunis bebas memasuki Msia bersama virus covid-19 di waktu virus covid-19 sedang merebak di negara China Komunis.

      Bukankah tindakan pentingkan diri Pee H sendiri ini mendedahkan rakyat Msia kepada virus covid-19 ??? Inilah tindakan Pee H yang tidak bertanggung-jawab !

      Padam
    3. Tindakan RBA menfitnah dan memburuk-burukkan parti Islam, ulama Islam dan perjuangan Islam jelas mencerminkan sikap anti-Islam yang menjadi amalan RBA dan parti kafir harbi Dajjal Action Party !

      Padam