Header Ads

Header ADS

Bagaimana Warisan Plus kalah pilihan raya Sabah


JUMLAH pengundi keluar memilih yang rendah ditokok dengan kemarahan rakyat terhadap kerajaan Warisan Plus adalah antara faktor utama pakatan itu kalah kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam pilihan raya negeri semalam, kata penganalisis.

GRS yang dibentuk oleh tiga parti mempunyai gerak kerja di lapangan yang lebih teratur serta jentera yang lebih agresif terutama di kawasan luar bandar, kata mereka.

Keputusan rasmi dipaparkan di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan gabungan tiga parti itu mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan selepas menang 38 daripada 73 kerusi.

GRS terdiri daripada Perikatan Nasional (PN) yang diketuai Perdana Menteri Menteri Muhyiddin Yassin, Barisan Nasional (BN) yang dikuasai Umno Sabah dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Warisan Plus pula dibentuk oleh Parti Warisan Sabah (Warisan) pimpinan ketua menteri sementara Mohd Shafie Apdal yang bekerjasama dengan parti dalam Pakatan Harapan (DAP, Amanah, PKR) dan parti tempatan Upko.

Analisis awal ke atas keputusan malam tadi menunjukkan GRS mengekalkan kemenangan di 20 kerusi selamatnya termasuk Sulaman, Sook, Karanaan, dan Lumadan, dengan menambah majoriti di beberapa kerusi.

Apa yang menolak GRS menang ialah kejayaannya di 31 hingga 33 kerusi yang disifatkan oleh badan penyelidik pilihan raya Ilham Centre sebagai “50-50”, iaitu kerusi yang boleh dimenangi oleh mana-mana gabungan.

“GRS menang besar di kerusi 50-50 manakala pengundi muda yang dulu membantu Warisan Plus menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak mengundi,” kata Hisomuddin Bakar dari Ilham Centre.
 
Kerusi 50-50 melibatkan kerusi yang sebelum ini dimenangi dengan kurang 2,000 undi majoriti dalam PRU yang lalu.

Ini termasuk antaranya Banggi, Bongawan, Petagas, Kiulu, Melalap, Kemabong, Sugut, Gum Gum, Kunak, dan Balung.

Parti yang bersama GRS juga menambah kerusi di kawasan majoriti pengundi Kadazandusun Murut untuk mengetepikan Upko yang bersama Warisan Plus, misalnya di Nabawan, Kuala Penyu, dan Kadamaian.

Upko juga kalah di Kuamut kepada bekas wakil rakyatnya Masiung Banah yang bertanding sebagai calon bebas.
 
GRS juga menang lebih separuh daripada 13 kerusi baharu iaitu Bangkoka, Pantai Dalit, Telupid, Tulit, Lamag, Tanjung Keramat, dan Sungai Manila.

Warisan Plus sebaliknya hilang kerusi yang dimenanginya semasa PRU14 seperti Karambunai, Liawan dan Pantai Manis.

Ahli sains politik Prof Bridget Welsh berpendapat kebimbangan pengundi terhadap penularan pandemik Covid-19 antara punca rendahnya peratusan pengundi yang keluar memilih, terutama pengundi di luar daerah yang bekerja di Semenanjung.

Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh berkata seramai 749,083 orang atau 66.61% pengundi menunaikan tanggungjawab dalam pilihan raya negeri ini.

SPR sebelum ini mensasarkan 75% keluar mengundi tetapi kemudian mengurangkan sasaran kepada 70% selepas empat daerah diletakkan sebagai zon merah jangkitan Covid-19 iaitu Lahad Datu, Tawau, Sandakan dan Semporna.

Welsh juga berkata kenyataan kontroversi calon Warisan Mohamaddin Ketapi dan pengumuman Presiden PKR Anwar Ibrahim yang juga ketua pembangkang di Parlimen merencatkan momentum kempen Warisan Plus.

Shafie terpaksa secara peribadi meminta maaf bagi pihak Mohamaddin, yang mendakwa pencerobohan militan Filipina di Lahad Datu pada awal 2013 hanya sandiwara semata-mata.

Anwar pula mendakwa beliau sudah ada sokongan yang cukup untuk membentuk kerajaan di Putrajaya sementara Muhyiddin sudah hilang sokongan di Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Port Dickson itu bagaimanapun tidak menyatakan jumlah sebenar sokongannya dan masih menunggu untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong yang kini dirawat di hospital.

“Khidmat Warisan dalam soal ekonomi terutamanya bantuan Covid-19 juga mempengaruhi keputusan,” tambah Welsh.

Tinjauan The Malaysian Insight dalam kalangan pengundi di luar bandar juga sebelum ini mendapati mereka kecewa tidak menerima bantuan RM300 yang dijanjikan oleh kerajaan Warisan.

Pengundi juga merasakan perkembangan ekonomi negeri terencat sejak Warisan jadi kerajaan selepas PRU14 pada Mei 2018, sementara GRS berkempen mengatakankan pertumbuhan ekonomi merosot selama tempoh itu.

“PH dalam Warisan Plus lemah di lapangan, terutamanya di kawasan luar bandar. BN dan PN sebaliknya ada strategi yang lebih baik, jentera yang lebih baik dan menggunakannya sebaik mungkin,” tambah Welsh.

Analisis awal menunjukkan pengundi wanita dan mereka yang berpendapatan rendah beralih daripada Warisan Plus sementara sokongan masyarakat Kadazandusun Murut tidak begitu berubah, katanya.

“Bumiputera Muslim cenderung memilih parti GRS. Sejak awal lagi pilihan raya ini sengit dan Warisan sukar menang,” katanya.

Oleh Sheridan Mahavera
Chan Kok Leong

MR :   Kalah bila tak muafakat 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. apa yang penting kerjasama dan MUAFAKAT ....dan apa YANG lebih PENTING ialah WARISAN yang sombong itu MEWARISI berKUBURRnya P akatan H ancing P unah H arapan.

    BalasPadam
  2. ANWAR yang gila dan bersifat Munafik dan PENYOKONGNYA BOLEHlah jadi PM bagi DUN yang dimenangi di Sabah DAN lebih bagus PM TANJONG RAMBUTAN dan TAMPOI

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.